POLIS sudah dedahkan tentang transaksi kewangan dalam jumlah besar bagi menggerakkan program berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Wang itu digunakan untuk membiayai, mempromosi, merekrut dan menggerakkan aktiviti berkaitan LTTE.

Perkara ini amat serius kerana melibatkan ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara.

Persoalannya, apakah agensi kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mula membekukan akaun-akaun bank milik DAP kerana dikhuatiri turut menyumbang dan membiayai aktiviti militan pengganas itu.

Seorang pemerhati politik, Dr. Novandri Hassan Basri berkata, persoalan itu timbul kerana antara individu yang ditangkap ialah ahli-ahli politik DAP dan akaun bank mereka perlu disiasat untuk mengesan transaksi wang dan kaitannya dengan LTTE.

“Jika benar, apakah pihak dalam negeri dan luar negeri yang selama ini menyumbang wang kepada DAP akan turut dibekukan?” tanya beliau seperti dilaporkan sebuah portal.

Malah, beliau turut bertanya apakah kementerian yang diterajui Lim Guan Eng DAP akan membantu sepenuh hati jika perlu.

Untuk rekod, LTTE kumpulan militan pengganas yang menentang kerajaan Sri Lanka dan ia dikutuk kerana menggunakan pengebom bunuh diri, tentera kanak-kanak dan melakukan pembunuhan politik serta membunuh orang Islam di negara itu.

Novandri turut mempersoalkan apakah status kes ini seterusnya jika ia diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Persoalan itu timbul kerana kes bunuh bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim masih lagi tergantung begitu sahaja. – 15 Oktober 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.