PEMIMPIN DAP terus angkuh mempertikaikan bidang kuasa Polis Diraja Malaysia dalam memerangi ancaman keganasan.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng antara pemimpin paling vokal ‘menyibuk’ usaha PDRM menangani ancaman pengganas LTTE yang semakin membimbangkan di negara ini.

Semalam pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).

Kenyataan itu merujuk kepada ketegasan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob Khan sebelum ini menafikan kenyataan Guan Eng bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang akan ditahan lagi.

Ayob Khan juga berkata beliau tidak pasti dari mana Guan Eng mendapat penerangan bahawa tiada lagi pemimpin politik akan ditahan berhubung dengan aktiviti LTTE di negara ini.

Namun Guan Eng cuba menyalahkan Ayob Khan kononnya memutarbelit kenyataannya sebagai pemimpin negara.

“Saya harap bahawa Ayob juga baca kenyataan saya. Jangan putar belitkan kenyataan seorang pemimpin negara,” katanya. – 15 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.