SATU video tular dalam media sosial menunjukkan sebuah kereta bertindak mencabar pihak berkuasa apabila sengaja mengibarkan bendera pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Dalam perkongsian Twitter Mynewshub, video berdurasi 35 saat itu diambil di dipercayai di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Simpang Pulai pada tarikh yang tidak dapat dipastikan.

Kereta jenis Honda bernombor plat Pulau Pinang itu mengibarkan bendera kumpulan pengganas itu di bahagian kiri belakang kenderaan.

Negara digemparkan dengan penahanan beberapa pemimpin DAP yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan membabitkan pengganas LTTE.

Setakat ini, polis menahan 12 individu termasuk dua ADUN dari Melaka dan Negeri Sembilan daripada DAP kerana dipercayai ada kaitan dengan LTTE dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sejak Khamis lalu.

Hasil penggeledahan dilakukan terhadap 12 suspek, pihak polis merampas bendera, buku, poster, gambar pemimpin LTTE serta bahan berkaitan kumpulan pengganas itu.

Polis juga berjaya mengesan transaksi kewangan dalam jumlah yang besar disyaki digunakan untuk membiayai aktiviti mempromosi, merekrut dan menggerakkan program-program berkaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

LTTE yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia. – 15 Oktober 2019.

3 COMMENTS

  1. klau dh berani kibar bendera ltte ..dh sah kumpuan ni dh berofis dmalaysia…mereka berani sb ada panji dap…teman memuji pehak polis mnankap xpilih bulu ….pehak polis xperlu risau sb rakyat majoriti dh tahu…dgn ada adun dn menteri yg aktif dlm ltte ini maknya negara dlm bahaya …thanks to tok ayup…

  2. banteras habis habisan lah mcm banteras al-arqam suatu masa dahulu……, memang tak patut LTTE wujud kat malaysia ni, negara kita dah merdeka lama dah,jangan ditambah pulak dengan gerakan macam ni, sebelum jadi barah dan berlaku perkara yang tak diingini lebih baik bertindak segera, good job for ketua Polis Negara dan PDRM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.