TULAR satu video menunjukkan Menteri Sumber Manusia dari DAP, M Kulasegaran bersama Ketua Penyelaras Parti NAAM Tamilar di Selatan India, Seeman Senthamilan yang dipercayai penyokong tegar LTTE.

Dalam video itu yang dirakamkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Seeman mengeluarkan kenyataan untuk berkempen bagi pihak DAP dengan bendera parti itu tertera di belakangnya.

Video itu sekali gus membuktikan pembohongan Timbalan Ketua Menteri DAP Pulau Pinang P.Ramasamy kononnya beliau tidak tahu mengenai sebarang kaitan parti Naam Tamilar Katchi dengan parti politik di negara ini.

Malah video itu dikongsi sendiri dalam Facebook milik Kulasegaran pada 2 Mac 2018.

Polis sebelum ini mengatakan bahawa Kulasegaran tidak akan disiasat semata-mata gambarnya tular bersama suspek pengganas.

Namun video itu menimbulkan persoalan betapa rapatnya Kulasegaran dengan Seeman dan polis wajar menyiasat perkara tersebut.

Setakat ini, polis menahan 12 individu termasuk dua ADUN dari Melaka dan Negeri Sembilan daripada DAP kerana dipercayai ada kaitan dengan LTTE dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sejak Khamis lalu.

Hasil penggeledahan dilakukan terhadap 12 suspek, pihak polis merampas bendera, buku, poster, gambar pemimpin LTTE serta bahan berkaitan kumpulan pengganas itu.

Polis juga berjaya mengesan transaksi kewangan dalam jumlah yang besar disyaki digunakan untuk membiayai aktiviti mempromosi, merekrut dan menggerakkan program-program berkaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

LTTE yang diketuai V Prabhakaran mencetuskan pemberontakan pemisah untuk mewujudkan wilayah autonomi Tamil Eelam, utara Sri Lanka apabila golongan majoriti Sinhala menindas masyarakat Tamil iaitu kumpulan minoriti.

Kumpulan pemberontak itu dilaporkan tidak aktif lagi selepas Prabhakaran terbunuh dalam operasi ketenteraan Kerajaan Sri Lanka, pernah disenarai hitam sebagai kumpulan pengganas dan diharamkan lebih 30 negara, termasuk Malaysia. – 15 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.