SAYA telah bangkitkan perkara mengenai pekebun-pekebun kecil sawit yang bukan di bawah FELDA di dalam ucapan perbahasan saya #bajet2020.

Sebelum ini mereka mendapat insentif penanaman semula sawit iaitu secara geran percuma yang diberikan oleh kerajaan.

Tetapi, didalam bajet kali ini sudah tidak ada lagi geran untuk mereka, yang ada hanyalah pinjaman.

Di dalam keadaan harga sawit yang jatuh ketika ini, kehidupan mereka terhimpit, tetapi terus dihimpitkan lagi dengan tidak lagi memberi geran secara percuma.

Malah meminta mereka supaya berhutang untuk tanaman semula sawit.

Penanam sawit diluar bandar dan pekebun-pekebun kecil merupakan golongan-golongan yang sudah lanjut usianya.

Jika mereka berhutang, bermakna putaran hutang ini akan berterusan sehingga membawa ke akhir hayat mereka. – 16 Oktober 2019.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

1 COMMENT

  1. Elok pon.. Sy byk kali mohon xpernah dapat masa kerajaan bn dulu… Hanya org2 tertentu saje & yg ade kepentingan saje sy tgk senang saje lulus..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.