USAHA memesongkan ajaran Islam oleh golongan liberal semakin membimbangkan apabila mereka secara terbuka menjalankan agenda keji mereka itu.

Kali ini, golongan liberal menjadikan Al Quran dan hukum Islam sebagai sasaran apabila meletakkan kedua-dua isu sensitif itu sebagai tajuk dalam debat Piala Tun Razak 2019.

Dalam surat yang tular di media sosial, penganjur acara debat itu meminta peserta dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang untuk menyokong tajuk ‘Islam Tidak Halang LGBT.

Satu lagi tajuk kontroversi adalah peserta diminta membahaskan kemungkinan untuk mengubah Al Quran dan membuang unsur-unsur ajaran keganasan.

Surat itu ditandatangani oleh Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, dipercayai dua pelajar universiti awam.

Isu itu turut mendapat perhatian penganalisis politik, Dr Kamarul Yusoff yang mempersoalkan siapa benarkan Aidil dan Iyad memilih tajuk itu.

“Soalnya sekarang ialah mengapa ketua-ketua juri beragama Islam yang bernama Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, boleh memutuskan perkara ini sebagai tajuk debat,” tanya soal Kamarul.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengapa penganjur Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 mahu pelajar menghujahkantajuk-tajuk seperti menulis semula kitab suci umat Islam dengan membuang kandungan tertentu yang tidak liberal dan homseksual bukan salah di sisi Islam.

Sedangkan, katanya, para peserta adalah dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang baru berusia 13 hingga 15 tahun.

Kamarul Zaman berkata, tindakan pihak penganjur memaksa para pendebat menghujahkan tentang menulis semula al-Quran dan homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam amembabitkan persoalan akidah yang wajib dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Katanya, Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan, Aidie Jantan yang menyempurnakan perasmian penutup pertandingan debat sepatutnya membuat pemantauan yang rapi ke atas perjalanan pertandingan debat.

Pemantauan itu, katanya, penting bagi memastikan sebarang agenda super liberal yang boleh menjejaskan keharmonian ummah dan negara tidak menyusup masuk.

Sehubungan itu, beliau mahu tindakan tegas ke atas perkara ini dibuat oleh pihak berkuasa bagi memastikan Malaysia Baru tidak terus tercemar dengan agenda super liberal begini. – 16 Oktober 2019.

4 COMMENTS

  1. penulis kena tengok jugak siapa yang merancang tajuk disebalik tabir debat tersebut, mungkin juri atau pendebat di kambing hitamkan. bagi saya pendebat atau juri tidak salah. Tajuk yang diberikan tu amat tak patut, mungkin tangan2 puak kafir yang nak menjatuhnya islam, na’uzubillah….

  2. Kepada umat Islam di negara ini, kita mesti bersatu,tidak peduli apa mereka cakap,tapi hati2,memang deorang na jatuhkan ugama kita sekarang ni LGBT da terang2 na menghapus kita,ayat quran na di ubahkan semua na di halalkan,kepada bangsaku bersatu LA jangan negara ni ,negara liberal.

    • bukan negara liberal tetapi negara yg tidak ada haluan dan landasan sepertimana yg berlaku dinegara2 yg tiada lagi kepercayaan pada Pencipta.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.