GRADUAN Universiti Malaya, Wong Yan Ke sepatutnya menghormati majlis konvokesyen yang dihadirinya dan boleh menyuarakan sebarang pandangan beliau di tempat lain, kata Tun Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, majlis seperti konvokesyen mempunyai protokol, prosedur dan peraturan yang perlu dipatuhi serta dihormati oleh setiap orang.

Jika tidak, ia akan bertukar menjadi kekecohan.

“Apa yang akan berlaku jika majlis tersebut dipenuhi oleh individu-individu sebegini yang menunjukkan protes mereka?

“Mereka boleh berdemonstrasi tetapi di tempat lain dan bukannya mengganggu kelancaran majlis semata-mata mahu menunjukkan pandangan-pandangan tertentu,” tegasnya.

Wong Yan Ke, graduan Kejuruteraan Awam UM bersikap biadap apabila menunjukkan plakad mendesak Naib Canselor Universiti Malaya, Dr Abdul Rahim Hashim dan turut menjerit “ini tanah Malaysia”, selepas menerima ijazahnya di atas pentas.

Sehubungan itu,satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Keselamatan UM di Balai Polis Pantai kira-kira jam 12.32 tengah malam kelmarin.

Ketika ditanya kepada Perdana Menteri mengenai laporan polis tersebut, Tun Mahathir berkata, setiap universiti mempunyai peraturan tersendiri.

Kerajaan katanya tidak mahu masuk campur terlalu banyak dalam urusan pentadbiran universiti.

“Saya rasa, kita tidak mahu terlalu masuk campur dalam urusan universiti.

“Mereka boleh buat keputusan sendiri,” katanya lagi. – 16 Oktober 2019.

1 COMMENT

  1. Mamat ni otak dia kat kaki bukan dekat kepala….bodoh sombong nananya….sia2 belajar tinggi tapi tak ada nilai…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.