ADUN DAP, Norhizam Hassan Baktee mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila mahu melawat rakan separtinya yang ditahan kerana disyaki pro pengganas LTTE.

Dalam satu video yang tular, Exco DAP itu bertekak dengan polis selepas dia berkeras mahu melawat rakan Exconya, G Saminathan yang ditahan di bawah SOSMA.

Mengikut akta itu, suspek tidak dibenarkan menerima pelawat selain peguamnya sendiri.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Pada mulanya, Norhizam dengan angkuh berkata dia mahu melawat Saminathan dengan alasan suspek pro pengganas LTTE itu adalah rakan Exconya di Melaka.

Namun permintaannya itu ditolak oleh polis.

Kemudian Norhizam cuba memperbodohkan pihak polis dengan memberi alasan mahu minum di kafeteria ibu pejabat polis itu.

Tetapi dia dimalukan oleh anggota polis bertugas yang menyuruhnya minum di kedai di depan ibu pejabat polis.

Malah polis bertegas mahu menggarinya kerana Exco DAP itu berdegil mahu memasuki premis itu.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan polis berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, Norhizam menjadi bahan lawak rakyat apabila menggelar babi sebagai beliau.

Dia juga pernah terlibat kontroversi apabila bertekak dengan penduduk kampung dan taman kerana disifatkan tidak mesra Melayu. – NTHQiBord, 17 Oktober 2019.

2 COMMENTS

  1. DAP n konco2 exco2 ni kan pelakon hebat. Nampak baik tapi agenda berbakul bakul. Terutama orang Melayu DAP yg liberal dlm semua perkara. Suka Cina N India DAP sbb ada orang suruhan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.