APABILA isu komik propaganda mengagung-agungkan komunis telah viral dan mendapat kecaman daripada rakyat, kerajaan DAP negeri Pulau Pinang cuba menafikan penglibatan mereka.

Komik itu juga menyalahkan kaum Melayu yang menyebabkan Lim Kit Siang tidak dapat dicalonkan sebagai Perdana Menteri!

Chow Kon Yeow dakwa Muzium Kebudayan Komik Asia (PACCM) ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri atau DAP Pulau Pinang. Komik propaganda itu diterbitkan PACCM dan Hew Kuan Yau.

Kenyataan Chow ini berbau pembohongan kerana jika kita rujuk web rasmi PACCM, sangat jelas kaitannya dengan kerajaan DAP Pulau Pinang!

Di antara yang tercatit dalam web itu :

1. Muzium Budaya Komik Asia merupakan sebuah idea dan strategi YANG DILAKSANAKAN oleh pihak Kerajaan Negeri.

2. Muzium Komik Asia Kebudayaan adalah salah satu projek DILAKSANAKAN oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

3. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti bahawa komik memainkan peranan yang penting,maka idea penubuhan sebuah muzium komik telah dilahirkan.

Kerajaan DAP negeri juga yang menyediakan peruntukan tahunan untuk bayar sewa muzium. Malah, jika kita rujuk prakata komik itu, ia lebih merujuk kepada parti DAP.

Dan apabila isu ini terbongkar, takkanlah Chow berdiam diri saja dan tidak mahu tahu pihak disebalik komik pro-komunis itu.

Siapakah yang sponsor penerbitan komik itu dan berapa banyak? Apakah wang sponsorship itu daripada sumber yang sah? Apakah Hew supaman tidak dipanggil dan dikenakan tindakan tegas oleh kerajaan DAP negeri?

Untuk rekod, Hew pernah memperbodohkan diri sendiri apabila mengisytiharkan Laut China Selatan milik China

Tindakan mengagung-agungkan serta simpati kepada pengganas komunis ini adalah satu penghinaan besar kepada kadaulatan negara dan perwira-perwira negara yang terkorban menentang komunis. Tidak boleh dimaafkan langsung.

Sila buang komik pro-komunis ini dalam sampah. – 18 Oktober 2019.

NOVENDRI HASAN BASRI,
Penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.