PAKATAN Harapan (PH) diminta membubarkan sahaja Parlimen bagi memberi laluan kepada wakil rakyat yang berminat untuk menjalankan tugas-tugas dengan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Ismail Sabri Yaakob selepas mendapati wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan tidak berminat untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Pada petang ini, kurang 26 orang yang hadir bagi mendengar sesi perbahasan Belanjawan 2020.

Tegas beliau, semua Ahli Parlimen terutama Menteri dan Timbalan Menteri sepatutnya mengambil bahagian dan mendengar perbahasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai Belanjawan 2020 kerana ia penting untuk negara dan rakyat.

“Hari ini peristiwa malang, saya kira sejarah hitam bagi Parlimen sesi ini kerana dewan tidak cukup korum, saya difahamkan 26 (Ahli Parlimen) sahaja yang diperlukan. Jumlah 26 orang ini pun tidak cukup (hari ini) semasa perbahasan yang penting iaitu perbahasan Belanjawan 2020.

“Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan seolah-olah tidak berminat dengan Dewan Rakyat, kalau sudah tak berminat dengan perbahasan dalam dewan, saya cadangkan bubar sahajalah Parlimen.

“Kita pilih Ahli Parlimen yang baharu yang lebih berminat untuk hadir berbahas di dalam dewan,” katanya.

Ismail berkata, jumlah minimum yang diperlukan hanya 26 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat diperlukan untuk sesi perbahasan.

Terdahulu pada jam 4.06 petang tadi Timbalan Speaker, Nga Kor Ming membunyikan loceng selama beberapa minit kerana Dewan Rakyat masih lengang untuk meneruskan sesi perbahasan Belanjawan 2020.

Walau bagaimanapun Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera tidak memaklumkan jumlah Ahli Parlimen dari blok pembangkang yang berada di Dewan ketika loceng dibunyikan.

Sidang Dewan Rakyat sepatutnya ditangguhkan pada 5.30 petang. – 18 Oktober 2019.

5 COMMENTS

  1. YB Dan semua YB Yang ponteng jangan bazirkan Wang Rakyat untuk bayar elaun hadir. Ke Parliament. Anda semua Yang ponteng hadir keParliament sepatutnya letak jawatan kerana tidak berminat untuk membahaskan isu isu budget 2020. Jangan bazirkan tax payer money.

    .

  2. Xpyh bubar, kot bubar mcm tu juga, dulu kini dan selamanya.kalau murid ponting apa tindakan buat mcm tu kt ahli perlimen.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.