KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) masih dalam proses untuk mencari penyelesaian terbaik berhubung isu protes seorang siswa ketika istiadat konvokesyen Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pihaknya masih mencari platform yang sesuai untuk membabitkan dua-dua pihak berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu itu.

“Kami masih dalam proses untuk babitkan (kedua-dua pihak) untuk selesaikan masalah ini, kita perlu kedua-dua belah pihak untuk terbabit dan tidak radang,” katanya menurut laporan agensi berita.

Program yang memasuki tahun ketiga penganjuran tahun ini menyasar untuk mengagihkan 30,000 pek ‘Kembali ke Sekolah’ yang dilengkapi pakaian dan kasut sekolah di seluruh Malaysia.

Pada Isnin lalu, seorang graduan berusia 23 tahun membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM bagi mendesak naib canselor universiti itu meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’ selepas menerima ijazahnya.

Tindakan itu mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak beradab.

Mengulas pertanyaan pemberita mengenai pendirian beliau sama ada bersetuju dengan tindakan universiti itu menahan sijil pelajar itu Teo berkata secara peribadi, beliau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. – 18 Oktober 2019.

6 COMMENTS

  1. Jangan berkompromi dengan ahli politik. Tarik ijazah pelajar berkenaan. Itu adalah tindakan yang terbaik kerana tindakan beliau tidak mencerminkan minda seorang yang terpelajar dan minda alumni UM. Beliau mempunyai minda yang hanya setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP yang bukan sahaja kurang minda tetapi tidak berperadaban

  2. Mmg ptut kna tarik sijil… biadap… nma pown istiadat… mana bley wt ikuwt ska… kna patuh peraturaan istiadat la… ang nk bangkang apa2 kna la tgk masa dan tmpat… lani bru dpat ijazah pown biadap… nnti2 ada jawatan ka apa ka lgi la…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.