PEMANGKU Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar universiti tidak dijadikan medan menyebarkan ideologi bagi kepentingan individu atau parti politik, sebaliknya ia adalah adalah pusat pemikiran yang serius untuk menyumbang kepada kemajuan bangsa, negara dan sejagat.

Justeru, titah baginda, tanggungjawab berkenaan perlulah dilaksanakan secara professional oleh setiap warga universiti dan graduan demi kepentingan bersama dan tidak bersifat individu atau politik.

“Setiap warga universiti dan graduan hendaklah memberi fokus kepada pembangunan modal insan yang berdaya maju dan penyebaran khidmat professional yang berkesan, serta penyelidikan yang berkualiti tinggi demi membawa manfaat kepada masyarakat, khususnya di negeri Johor,” titah baginda.

Tunku Ismail yang juga Pro-Canselor UTHM bertitah kefahaman terhadap sejarah dan nilai agama perlu diutamakan oleh pihak universiti memandangkan terdapat pihak yang suka memutarbelitkan fakta, mereka cerita atau menukarkan perkara yang salah kepada kebenaran.

Baginda juga mahu lebih ramai graduan yang berkualiti tinggi iaitu yang menjadi rebutan di pasaran kerja dilahirkan di univeristi berkenaan.

“Ini secara tidak langsung membantu UTHM yang berada di Johor menjadi sebuah universiti yang boleh dibanggakan bukan sahaja dalam negara malah mampu untuk bersaing dengan universiti-universiti lain di dunia,” titah baginda. – 20 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.