KETUA Armada BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya menunjukkan keberanian untuk mempertahankan kedudukan Islam dan Melayu daripada terus dinodai pemimpin rasis DAP.

Mengulas isu komik komunis yang diedarkan di sekolah, Ahli Parlimen Muar itu mengecam penulis DAP, Hew Kuan Yew kerana menyifatkan orang Melayu yang bersimpati dengan nasib Uyghurs di China sebagai radikal.

“Dia memang “Super Stupid Superman… Sekarang melabel penyokong Melayu yang menyokong komuniti Uighurs sebagai “Radikal”

“Kalau ini bukan rasisme, saya tidak tahu apa,” kata Syed Saddiq pada hantaran Twitter baru-baru ini.

Hantaran menteri turut menyertakan petikan daripada komik ‘Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)’ yang menyentuh mengenai radikalisme Islam.

Ia berbunyi: “Pemuda Melayu yang radikal yang prihatin tentang pelaksanaan dasar etnik di Xinjiang menyebabkan mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap China.

“Terutamanya dalam hal mengenai kerajaan China mengharamkan sekelompok minoriti Uighur yang terlibat dalam gerakan pemisah yang telah mengancamkan perpaduan dan keharmonian masyarakat.”

Ketegasan Syed Saddiq itu turut mendapat perhatian Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari.

“Saudara YB @SyedSaddiq statement saudara berMARUAH! Syabas!,” tulisnya di Twitter.

Semalam Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa tindakan melarang pengedaran komik propaganda komunis itu dibuat mengikut undang-undang dan nasihat Kementerian Dalam Negeri. – 21 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.