JIKA graduan Cina biadap berani meloncat dan menjerit seperti beruk di atas pentas ketika konvokesyen, mungkin tiada masalahnya untuknya menerima pelawaan debat dari seorang aktivis muda dari Johor.

Aktivis Muda Johor, Mohamad Khaled Nordin secara terbuka mengajak Wong Yan Ke untuk berdebat tajuk yang menarik iaitu ‘Tanah Melayu atau Tanah Malaysia’.

Tajuk itu menjadi pilihan selepas graduan pro-DAP itu menjerit ‘Ini tanah Malaysia’ ketika majlis konvokesyen UM baru-baru ini.

Pelawaan Khaled Nordin itu juga telah dipanjangkan kepada Yan Ke namun graduan biadap itu masih membisu.

“Pada pandangan saya, tiada salah dalam ucapan NC tersebut. Pandangan yang diucapkan oleh beliau sewaktu Kongress Maruah Melayu adalah bersifat adil.

“Malah fakta yang dikemukakan berlandaskan data sosioekonomi terkini.

“Dalam masa yang sama, kebimbangan beliau juga disandarkan pada kontrak sosial yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jelas Mohamad Khaled lagi, pada pandangan beliau apa yang telah dikemukakan oleh NC UM itu sebenarnya adil.

“Justeru, saya telah menghantar surat pelawaan rasmi untuk berdebat kepada Wong Yan Ke dan UMANY. Tajuk dicadangkan adalah ‘Tanah Melayu atau Tanah Malaysia’.

“Saya telah menghantar pelawaan kepada beliau secara peribadi dan menunggu persetujuan bersama berkenaan dengan tempat, tarikh, masa, peraturan dan moderator,” ujarnya.

Rata-rata netizen juga kelihatan teruja dengan pelawaan tersebut selain daripada senada dengan Mohamad Khaled yang pada mereka Yan Ke tidak memahami tindak tanduknya sehingga menyebabkan segelintir tidak senang hati.

Ada juga memuji Mohamad Khaled kerana tampil membuat pelawaan yang adil menggunakan platform betul. – 21 Oktober 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.