SIKAP pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa amat membimbangkan, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Shamsul Anuar yang kesal dengan situasi itu menyifatkan bahawa kerajaan PH tidak bijak dalam menyelesaikan isu graduan Cina biadap yang menggesa peletakan jawatan Naib Canselor Universiti Malaya (UM).

“Kebebasan bersuara, dan berdemonstrasi memang dibenarkan oleh undang-undang negara. Rakyat diberikan hak untuk melakukannya. Ianya sesuai dengan amalan demokrasi dalam negara ini.

“Bagaimanapun, sebagai rakyat ia bukan bermakna kita boleh melakukan apa saja apatah lagi melanggar undang-undang yang ada. Undang undang mesti dihormati serta dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian merujuk isu graduan kejuruteraan UM, Wong Yan Ke yang melakukan protes sejurus menerima skrol ijazah sarjana muda di atas pentas, sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’; dan ‘Ini Tanah Malaysia’ baru-baru ini.

Difahamkan dia berbuat demikian bagi membantah ucapan Naib Canselor UM, Dr Abdul Rahim Hashim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

Kebanyakan pemimpin PH terutama parti tamak haloba DAP dilihat seperti menyokong perbuatan itu malah mempertahankan tindakan tidak sopan graduan kejuruteraan berkenaan.

Ia termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang menggesa Datuk Abdul Rahim menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Yan Ke susulan protes berkenaan.

Lebih membimbangkan, kata Ahli Parlimen Lenggong itu, adalah sikap pimpinan kerajaan PH itu sendiri.

“Saya ingin bertanya kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan. Apakah sebenarnya nilai yang kerajaan PH ingin tanam di kalangan pelajar dan mahasiswa di negara ini?

“Apakah sikap biadap, tidak menghormati majlis, tidak sopan, adalah nilai yang ingin dibina pada pelajar dan mahasiswa?

“Nampaknya, kepentingan politik didahulukan apabila berhadapan dengan isu ini. Kalau ini berterusan institusi pendidikan negara akan terus dihina,” katanya. – 22 Oktober 2019.

3 COMMENTS

  1. pandangan saya yang banyak biadap dan tidak sopan bangsa China DAPig dan Patel sahaja. kalau bangsa MelYu Islam dia tahu ada sopan dan menghormati sesama sendiri dan orang lain. kalau tidak bagitu masakan bangsa china dan patel ( keling ) boleh hidup senang lenang dan kaya raya diTanah Melayu ini. sebab mereka main gedah saja tak tahu hak2 orang itu diangap senditi punya. lagipon mereka ini tidak berpegang pada agama yang betul pon tidak seperti Islam ada belajar ADAP dalam ajaran Islam. tak heran lah mereka2 BIADAP dan KURANG HAJAR dari segi apa sekalipon

  2. Sepatutnya apa sahaja perlakuan yg tidak baik hendaklah sama- sama benteras bukan disokong. Apabila ada pihak lain nanti yg membuat perkara biadap di dalam majlis yg kamu anjurkan jgn pula pada masa tu baru terasa tindakan itu biadap. Sebenarnya kita mesti ada satu piawaian supaya kalau betul, akan betul dlm semua keadaan. Begitu juga kalau sesuatu itu salah, akan tetap salah. Jgn kita beri isyarat salah kpd org ramai utk mengelakkan hancur harmoni yg sefia ada.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.