SEPERTI yang telah berkali- kali diperingatkan oleh pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi, dasar had minimum RM600k untuk warga asing membeli rumah adalah satu langkah yang salah dan sangat merugikan rakyat Malaysia.

Pihak yang untung hanyalah pemaju perumahan yang tamak. Mereka yang buat salah tetapi rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung sengsara. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/10/11/budget-2020-national-house-buyers-association-says-disagrees-with-govts-hom/1799521

Selepas ini harga rumah akan terus meningkat berkali ganda dari kenaikan biasa khususnya di kawasan bandar besar kerana orang asing sudah boleh membeli rumah pada harga RM600k.

Harga yang sangat murah pada mereka.

Orang muda adalah kumpulan paling terkesan akibat kenaikan harga rumah.

Bila semakin ramai rakyat tidak lagi mampu membeli rumah, maka permintaan untuk menyewa rumah akan meningkat.

Harga sewa rumah pula akan naik. Akhirnya kos sara hidup rakyat akan melambung tinggi kerana rumah adalah keperluan hidup bukan pilihan. Pemaju tamak terus gembira kira untung.

Pembeli warga asing juga gembira kaut untung dari sewa, tetapi rakyat Malaysia semakin hari semakin susah dan teraniaya.

Tapi itu bukan ‘part’ yang paling best. Yang paling best ialah bila kebanyakan rakyat Malaysia boleh tengok saja benda ini berlaku dan buat ‘blur’  macam tiada apa yang berlaku. Mereka hadam saja. Sepatutnya rakyat bersuara menyatakan pandangan.

Paling tidak pun melalui media sosial memberikan kesedaran kepada orang lain tentang ‘penganiayaan’ ini sedang berlaku.

Cuba baca betapa gembiranya warga asing.

“It is excellent that the Malaysian government is lowering the price limit from RM1mil to RM600,000. At RM1mil, Hong Kongers can still buy. For us, Penang properties are 80% to 90% cheaper than ours. At RM600,000, it means we can buy two instead of one, and more Hong Kongers will be able to afford it”. – 23 Oktober 2019.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/22/no-turning-back-for-woman-who-bought-condos-in-penang#ow6f0fsTG9o2JkT9.99

ANUAR AHMAD,

Pensyarah UKM.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.