PIAGAM Muafakat Nasional yang telah termeterai pada 14 Sept yang lalu diantara UMNO dan PAS merupakan satu kerjasama yang amat baik di antara dua buah parti Melayu yang terbesar di negara ini.

Namun demikian, saya merasakan sudah sampai masanya Muafakat Nasional 2.0 yang melibatkan semua lapisan masyarakat seperti kaum Cina, India dan lain-lain kaum Bumiputera yang dilihat amat berminat untuk menyertai kerjasama ini dibuat.

Dalam Muafakat Nasional 2.0 ini perlu memperluaskan lebih banyak perkara seperti pendidikan, ekonomi, budaya dan hak asasi manusia.

Ia juga akan menjadi satu kertas kerja atau manifesto untuk menghadapi PRU 15 dan juga untuk menambahbaik lagi 5 piagam utama sepertimana yang telah termeterai pada 14 Sept yang lalu.

Muafakat Nasional 2.0 ini saya cadangkan untuk diadakan semasa PRK di Tanjung Piai akan datang ini.

Kertas kerja ini juga perlu melibatkan lain-lain parti selain dari Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera yang memberikan sokongan kepada Muafakat Nasional ini seperti Parti Cinta Malaysia (PCM), Penang Front Party (PFP), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).

Malahan termasuk juga NGO-NGO berwibawa yang turut serta memberikan sokongan penuh kepada Muafakat Nasional ini perlu dilibatkan sama.

Muafakat Nasional 2.0 dengan gabungan yang lebih besar ini perlu dilakukan untuk menghadapi PRU15 yang dijangka akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 30 bulan akan datang ini.

Oleh kerana tempoh yang singkat ini, penerangan serta pemahaman kepada rakyat di setiap pelusuk negara tentang Muafakat Nasional perlu di sampaikan.

Sekali lagi saya ingin menyarankan agar Muafakat Nasional 2.0 ini diadakan semasa PRK di Tanjung Piai berlangsung yang mana akan memperlihatkan penglibatan dari seluruh parti-parti yang disebutkan.

Saya juga menyarankan agar piagam kali ini akan diterjemahkan di dalam empat bahasa iaitu sudah pastinya bahasa kebangsaan menjadi keutamaannya diikuti dengan bahasa mandarin, bahasa tamil dan juga bahasa inggeris. – 25 Oktober 2019

NG LUM YONG,

Presiden Pertubuhan Jaringan Rakyat Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.