TUN Mahathir Mohamad sepatutnya malu kepada bangsa Melayu atas tragedi yang dicipta sendiri, kata Naib Pengerusi UMMAH, Masridzi Sat.

Masridzi berkata, Tun Mahathir tidak perlu bersedih atas situasi kecaman yang menimpa Bumiputera ketika ini, kerana ia adalah hasil daripada perbuatannya sendiri.

“Jangan bersedih dengan tragedi yang kita cipta sendiri. Sepatutnya Tun merasai kesedihan orang Melayu apabila dihina oleh Tun sebagai pemalas, lemah, dan sebagainya.

“Sekarang Allah telah balas kembali dengan ada pihak pula yang mengecam Tun kerana hadir Kongres Melayu. Pepatah Melayu ada mengatakan tepuk dulang, air percik ke muka sendiri. Ludah ke langit akan kena ke muka sendiri,” katanya menurut portal Ismaweb.

Beliau catatan terbaharu PM ke-7 di blognya Chedet, yang melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tuduhan bahawa orang Melayu dan Bumiputera di negara ini bersikap rasis apabila mengadakan perhimpunan bagi membincangkan nasib dan masa depan mereka.

Dr Mahathir berkata, gambaran itu memperlihatkan bahawa orang Melayu dan Bumiputera seolah-olah tidak boleh berjuang untuk bangsa mereka sendiri.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu berbeza dengan kaum lain yang boleh mengadakan perhimpunan untuk membincangkan nasib mereka tetapi apabila orang Melayu berbuat demikian, mereka dilabel sebagai rasis.

Masridzi berkata, Tun Mahathir serta Kabinet sepatutnya berasa malu apabila gagal mentarbiyah dan mendidik orang Melayu dalam negara ini untuk mampu menjadi rajin, hebat dan berjaya dalam semua bidang.

Bukan itu sahaja, tragedi menimpa kaum majoriti negara ini apabila hubungan politik sesama Melayu Islam pun berpecah begitu teruk sehingga pemimpin-pemimpin DAP yang rasis dan musuh-musuh bangsa dan agama Islam berjaya mengambil peluang dan kesempatan, katanya.

“Ini juga angkara parti-parti Melayu Pakatan Harapan yang berpecah bersekongkol dengan DAP dan musuh-musuh negara.

“Jadi jika Melayu lemah, bukan salah Melayu tapi salah pemimpin-pemimpin Melayu masa kini yang berpecah dan bermusuh sesama sendiri yang akhirnya memberikan kekuatan kepada musuh agama, bangsa dan negara kita,” katanya. – 26 Oktober 2019.

38 COMMENTS

  1. Saya merasakan apa yang didoakan oleh allahyarham ust Fadil noor dan tuan guru nik aziz kepada MADAY sekarang telah nampak mujarabnya.yangmana ia memohon supaya MADAY panjang umor dan melihat sendiri apa kerosakan yang ia telah dan akan buat. amin

    • Kepala but…nasib orang hidup dengan orang sudah mati tidak sama.,terputus hubungan orang yang sudah mati dengan dunia dan setiap perkataan mereka tidak mendatangkan mudarat kepada yang hidup.,mereka sedang bergelot dengan hukum alam barzah masing-masing.Bukan mukjizatpun perkataan orang yang telah terputus hubungan dengan dunia.Hang agama sesat kot…ataupun jadikan agama itu bahan tunggangan politik.

      • Ckp mcm org gilak…x sedar diri…siapa yg kasi pecah belah melayu…kl bkn kau..mmg ko ni bnyk nipu ka tok

    • Saya sokong 100%
      Dia manusia yg paling durjana .dia menyebabkan melayu berpecah belah .
      Yaalah tunjukkan kekuasaan mu pada orng yang bernama mahathir sangat sangat kejam pada orng melayu islam

  2. Ya saya setuju , Bangsa Melayu sebenarnya telah dirosakkan oleh pemimpin² nya sendiri…!!! Tetapi dengan mudah menghalakan dosa dosa mereka kepada rakyat Melayu bawahan. Selama berkuasa untuk mengekalkan, Pemimpin ² sebegini mencari helah dgn menutup dosa² mereka seolah olah perjuangan mereka belum selesai.Walhal sebenarnya ingin menutup kepincangan mereka yg telah gagal.
    Lalu di ciptanya Melayu Malas, Melayu Haprak dan sebagainya.
    Asal buruk Melayu.
    Asal baik ,bijak,rajin cina.
    Bila agaknya Melayu akan dipuji dan disanjung sebagai rakyat yg baik, rajin, cemerlang dan bijaksana..???
    Jika ada ternampak kemunduran Melayu sebenarnya banyak berlaku di perusahaan perusahaan milik bukan Melayu yg mendiskriminasi kan jawatan ² dan kenaikan gaji sesuatu kaum.Sebagai pemimpin tak kan tak nampak. Semua maklumat pelajaran, kelulusan, kemahiran dan tangga gaji ada di Pejabat Buruh dan kwsp.
    Itu rasis senyap yg berlaku puluhan tahun.
    Mengapa sebagai pemimpin berkuasa tidak menegur.
    Minda Pimpinan yg harus di robah dan diperbetulkan,
    Bukan rakyat bawahan Melayu itu.
    Senget sesebuah bangunan kerana kesahan arkitek nya.

    • Sebab apa Mahathir mengutuk orang melayu .kerana dia bukan asal melayu. Mahadir seorang rasis. Berkepentingan peribadi. Dari dia jadi Pm ke 4 dulu. Apa yang dia tolong rakyat. Tidak ada langsung. Berapa banyak aset telah dijualkan dari dia jadi Pm ke 4. Orang yang menyokong Mahadir itu sama juga ada kepentingan diri. Semenjak Mahadir jadi PM ke 4 dan ke 7. Tiadak ada apa dia membantu rakyat. Terutama orang Melayu Islam. Yang banyak membantu ialah PM ke 5 dan ke 6. Memberi peluang pekerjaan kepada rakyatnya . Menaikan tangga gaji. Cuba tengok sekarang apa yang telah Mahathir lakukan. Berapa ramai rakyat belah diberhentikan. Itu pun masih lagi orang melayu buta mata dan hati untuk berfikir. Selagi Mahadir berkuasa selagi itu melaysia tidak akan tenteram. Yang ramai sokong Mahadir pun mungkin lahir pada awal 70an. Sebab masa itu mereka tidak terkesan apa yang Mahadir buat. Mereka masih kecil lagi. Sekarang mereka sokong mungkin ada kepentingan sendiri. Bukan untuk orang melayu am nya.

  3. Usah menghina bangsa 1 Melay yg penoh dgn adat istiadat yg terbukti jelas dn nyata..usah mencerca bahawa 1 melayu yg byk membantu menjayakn kemajuan yg sdg berlaku masakini…jgn ada hasad dengki terhadap 1 Melayu yg byk berbakti dri dlu kini dan selamanya

  4. Saya tak nampak pun kerosak tun. Saya cuma nampak kerosakan Najib dan kucu2nya.. tun tak didakwa pun atas kerosakan yang didakwa yang ada nampak pemimpin pas dan BN. Jada siapa yang merosakkan sebenarnya. Tun kata melayu malas kerana untuk kesedaran melayu sendiri. Hanya yang miskin kerana tak nak berusaha. Bukankah itu malas. Allah dah tabur rezeki kat muka bumi ni jadi carilah. Kalau harap kat bantuan orang malas lah namanya. Jangan nak timbulkan kebencian dengan kata2 yang macam2. Jangan lawan fitnah dengan fitnah. Jika ada seorang yang baik berdoalah supaya orang lain pun jadi baik. Sekolah tinggi akhlak rendah.

  5. Setahun perentah pun tak ada kemajuan, pandai tipu rakyat, kencing bnyk hancing. Ekonomi meleset, ringgit jatuh, lagimau janji ka? Lama punya pun kencing belum basuh lagi

  6. MENTERI-MENTERI PARTI MELAYU UMNO YANG SALAH GUNA KEDUDUKKAN DAN KUASA…TAK BUNYI PULA.,AKU NAMPAK KERAKUSAN DAN HALOBA PARTI MELAYU UMNO ADALAH….BELUMPUN LAGI ADA KEPINCANGAN TUN DALAM MENTADBIR NEGARA DAN TAK PERLU JADIKAN ISU BANGSA MELAYU SEBAGAI SENJATA (GILAKAN KUASA MEMERINTAH).UMNO SEMEMANGNYA GUNA PENDEKATAN BANGSA MELAYU UNTUK TAKUTKAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI SEDANGKAN YDPA MASIH LAGI MELAYU.

  7. Istihar hartapun pembangkang kecut perut lagi ada hati nak pertikai Perdana Menteri yang SAH mendapat perkenan YDPA menjadi wakil mentadbir urus Negara sepanjang 5 tahun.
    ##bukan jenama Melayu UMNO ke yang sedang di sabit dalam pertuduhan mahkamah salah guna kedudukkan dan kuasa.

  8. Apa hubungan hang dengan tuhan…ada ke tuhan bagi tau TUN di hukum kerana perbuatan TUN sendiri.,hang kena belajar jaga akidah..ikut suka hati bapa hang sahaja, nak tuduh ALLAH hukum TUN (bila ALLAH bagi memo dekat hang. ???).
    Yang jelas: yang nak kena jatuh hukum adalah NAJIB / KU NAN / ISA SAMAD dalam surat khabar cakap, bukan aku cakap.
    Umno dan Pas parti takut istihar harta.

  9. Oiii Kuttty…..Dah tersepit baru tengadah jenis manusia hipokrit.. xpernah mengakui kesilapan diri dan muhasabah diri… masalah yg berlaku berpunca dri beliau sendiri yg serig memperlekehkan bangsa melayu dn juga memecahbelahkan kaum melayu kpd beberapa kumpulan parti sejak dari dulu lgi demi kepentingan kuasa politik beliau..

  10. Percakapan Madey sekarang ni banyak meleret-leret. Tengok tindakan dia pun dah meleret sebab tuh bagi lim guan eng MoF, hancur ekonomi.

  11. Saat ini cakap mcm baik, esok cakapnya lain, yg pasti kroni & anak diutamakan.

    Jual harta rakyat, buat bon2 hutang, langsung tidak ada pelaburan, menjahanamkan org Melayu tak sudah2, menindas org miskin.

    Semua kehancuran sudah dibuat, ini masa merayu simpati, demi kekuasaan dan kerakusan.

  12. Yg pecah belah kn Malaysia melayu Islam tiada sape lg .. hanya UMNO mempapakedana kn melayu.. yg pecah belah kn Islam hanya pas krn dengki kpd tun yg hebat memajukan melayu Islam.. satu dunia kenal dgn kelantangan suara tun m.

    • PH ni dari awal dah jangka x bole berkerjasama sbb dasarnya x seiring…sbb itu PAS tarik diri dulu drpd pakatan rakyat sbb dasar2 DAP x menghormati kepentingan islam di malaysia ini…skrng terbukti siapa DAP…anak2 muda kena belajar apa yg jadi skrng..

  13. Nasib ph menang PRU lps.. kalau tk haram kita tau dlm diam2 Najib UMNO dah jual aset2 melalui khazanah satu persatu hingga jumlah nye 84 aset tergadai.. UTK mulut dan kemewahan bini nye

    • PERGI MAMPOSLAH PH…..asyIk bergaduh sama sendiri kemaruk kuasa…yg jadi mangsa RAKYAT…..PRU 15 TUKAR BALIKLAH DAH TENTU MEREKA NI TAK BERGADUH SAMA SENDIRI..

    • Pergi mampus phtaik 1negara korang kencing dan berak termasuk khadam2 ph sendiri pun korang kasi tahi sekarang teman selingkuh sesama sendiri pun korang main tahi dasar kanibal jijik pru15 nanti kamu phtaik akan pupus terus buang negara

    • Balasan dari allah.bn ditumbangkan oleh madey dap.sekarang allah balas dap berusa tumbangkan madey bersatu.amin.

    • Maklum sajalah dah tua… Nyayok… Kalau ketua dah nyayok ,,, ahli-ahli nya pun nyayok…Apa yg mereka buat semuanya dah x ingat… Yg mereka ingat harta kerajaan mana lagi nk dijual… Kampung melayu yg mana lagi yg mereka nk ambil… Jadi 🏇 🏇 kuda kuda DAP lah kau orang bersatu……..

  14. aku pelik dgn kerajaan skrg asyik bertelagah je nk rebut kuasa dgn cara yg paling kotor cuba lah buat perubahan dlm kerajaan seperti mn korang janjikan bulan dan bintang naik kereta terbang dan byk lg lah mcm bodoh je menifesto korang utk bentuk kerajaan baru tp habuk pun x de tahunya byk yg rebut nk jd pm

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.