SARANAN Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam, akan membawa banyak impak negatif yang akhirnya menyebabkan umat Islam berada lebih ke belakang, kata Aminuddin Yahaya.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu berkata, sekiranya cadangan berkenaan berjaya direalisasikan, mungkin pembayar zakat tidak lagi berminat membayar zakat melalui agensi kutipan zakat.

Sebaliknya kata beliau, pembayar zakat akan membayar zakat secara terus kepada pihak yang berhak menerima.

“Ini tidak sihat jika benar-benar berlaku. Persoalannya, kenapalah sampai begini sekali kita nak bertoleransi dengan orang lain.

“Tidak cukup lagikah kerajaan membantu melalui peruntukan-peruntukan dalam belanjawan negara. Tidak perlu menyentuh duit zakat.

“Saya tak menolak kemungkinan akan wujud nanti Jabatan Kemajuan Bukan Muslim (JAKUM) dan diberi peruntukan RM1 billion juga atas alasan toleransi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Presiden PKR itu dilaporkan berkata, dalam konteks masyarakat berbilang bangsa di Malaysia, tidak sesuai hanya masyarakat Islam dibantu, tetapi penganut agama lain dipinggirkan.

“Wang zakat ini dibayar oleh orang Islam, selesaikan masalah orang Islam dahulu. Itu adalah hujah yang benar, tetapi Islam juga adalah agama contoh, menjinakkan adalah satu strategi dakwah yang baik.

“Ikut pendapat seperti dinyatakan Yusuf al-Qaradawi, itu bukan diharuskan, tetapi dalam konteks masyarakat kita, itu digalakkan.

Tetapi, bukannya sampai menyisihkan umat Islam, keutamaan tetap adalah umat Islam,” kata Anwar. – 31 Oktober 2019.

1 COMMENT

  1. Pbende ni DSAl… Jgn krn nk sokongan org bukan Islam buat cadangan pelik & x releven mcm ni. Datuk x tau ker duit zakat tu d byr oleh org Muslim jd prlu d pulangkn @ mmbntu golongan Asnaf. Orng kafir@bukan lslam tu adakah gol. Asnaf ?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.