Senario 1: Kasi undi sama PH

U pun tau kerajaan PH di Putrajaya dikawal oleh DAP. Menteri kewangan siapa u pun tau, timbalan menteri pendidikan pun DAP pegang u pun tau TETAPI sampai sekarang UEC pun belum dapat, ringgit pun makin turun dan bisnes makin susah kan.

Saya pun tau DAP ada kasi banyak duit sama SJKC dan kolej Cina, kasi wang sama kampung baru Cina TETAPI saya tau bukan itu sahaja u mau.

Jadi, kalau u terus undi PH, u akan buat DAP banyak selesa dan tak akan kerja kuat kuat kasi UEC sama u dan LGE sama Tony Puaka kerja main-main di kementerian kewangan.

Senario 2: Kasi undi sama MCA

Saya pun tau u orang banyak pandai. Kalau u kasi undi sama MCA, u pun tau DAP mesti gelabah punya. DAP takut undi Cina tidak lagi bersama DAP.

Jadi, kalau u undi MCA, u akan bagi tekanan sama DAP untuk kerja lagi kuat mau kasi dapat apa u mau – UEC, ekonomi ok, ringgit naik dan bisnes bagus. Bukan setakat fikir aset mana lagi mau kasi jual.

Sebab apa DAP kena kerja kuat – sebab u orang sudah bagi DAP sudah jadi kerajaan maaaa.

Lagi DAP tertekan, lagi kuat DAP akan lawan sama Tun Mahathir sebab mau kasi iktiraf UEC, sama juga mau kasi jalan sama Datuk Seri Anwar jadi PM cepat-cepat, so banyak boleh dapat kalau Tun M sudah tak lagi jadi PM.

KESIMPULAN: Pengundi Cina di Tanjung Piai yang bijak akan pilih senario 2 – undi MCA, bukan sahaja sebab Wee Jeck Seng itu orang Cina, tetapi untuk bagi tekanan kepada DAP supaya kerja kuat-kuat mau kasi tunaikan janji PRU14. – 2 November 2019.

Nota: Saya Amran Ahmad Nor, puluh tahun dalam DAP, saya pun tau macamana pemimpin DAP fikir maaaa.

AMRAN AHMAD NOR,
Bekas ahli DAP dan penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. PH guna calon pak lebai untuk nak tnjuk kononnya umno ni xselari dgn muafakat nasional tp mereka silap.. letaklah tok imam tok siak sekalipon , kalau sebelah PH ada DAP, sah2 jd BARUA!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.