MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tampil sekali lagi bagi memperjelaskan mengenai kekeliruan masyarakat dalam memahami pemberian wang zakat kepada golongan bukan Islam seperti diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sejak 2017.

Dalam satu entri di Facebook, Dr Mohd Asri berkata, fatwa yang dikeluarkan sebelum ini mengenai pemberian zakat itu diputuskan selepas mengambil kira pendapat dalam kalangan ahli fekah dan bukan fatwa rekaan baharu.

“Kitab fekah sejak dahulu sudah menyebut perkara ini dan paling mudah di zaman ini boleh dibaca adalah kitab Fiqh al-Zakah karangan Dr Yusof al-Qaradawi.

“Beliau antara yang menyokong pendapat (pemberian wang zakat kepada orang bukan Islam).

“Penentuan kadar zakat dan siapa yang berhak menerimanya ditentukan oleh ulil amri atau pemerintah yang mengurus zakat, bukan ditentukan pihak bukan Islam.

“Pastinya ulil amri itu bijak dalam urus tadbir pembahagian, maka tidak perlu ada kerisauan dalam hal ini,” katanya.

Minggu lalu, Dr Mohd Asri berkata, Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim di bawah asnaf ‘muallafah qulubuhum’ iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.

Beliau turut memperjelaskan bahawa golongan bukan Muslim layak menerima bantuan berkenaan atas syarat yang ditentukan oleh Ulil Amri atau pemerintah.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah pemberian zakat kepada masyarakat bukan Islam adalah bertujuan melembutkan jiwa orang bukan Islam kepada ajaran Islam yang baik dan harmoni, selain sebagai agenda dakwah.

“Ini dakwah yang berkesan dan zakat itu bukan sahaja dalam bentuk wang, malah boleh juga berbentuk makanan, bantuan ubatan dan seumpamanya.

“Contohnya, apabila pihak pengurusan zakat membantu mangsa banjir atau kebakaran, mungkin dalam kalangan mereka ada orang bukan Islam.

“Tidak wajar jika mangsa beragama Islam menerima makanan atau bantuan manakala mangsa bukan Islam tidak diberi bantuan sama.

“Ia memberi persepsi buruk terhadap Islam dan tidak mencerminkan sifat Islam yang merahmati semua pihak,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pula berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan campur tangan dengan tindakan Majlis Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa membenarkan wang zakat diagihkan kepada golongan bukan Islam menerusi asnaf muallafah qulubuhum.

Mujahid berkata, mengumumkan keputusan itu selepas mendapat pandangan ahli Majlis Fatwa lain atas sebab tertentu.

“Itu adalah urusan pentadbiran agama Islam negeri, kami tidak boleh kata tidak boleh kerana setiap negeri mempunyai Majlis Fatwa tersendiri manakala bab zakat pastinya sudah dirujuk kepada Majlis Fatwa,” jawab Mujahid. – 5 November 2019.

4 COMMENTS

  1. ….. I agree with the example given by the Mufti of Perlis regarding giving aid at a disaster relief centre ..
    If I , as a Sikh , go to a disaster relief centre with a vehicle full of food and necessities and find out that there are no Sikh victims , I cannot say ……. sorry , no Sikhs …….. I am not giving anything ……. I am taking everything back .. Or there are only one or two Sikh families ……. I only give them while others look at me with hope .. And I leave without helping the others , leaving them disappointed ..
    What type of impression do I create for my people , my religion and myself .. Answer : mean selfish people practicing a religion of ” no humility ” .. Sikhism says …… so do others …… ” Share with the needy some of what you have .. Use a small proportion of your earnings , if you can spare , for welfare work ..
    No offence meant to anybody or any organisation or any religion , I am just concurring with the opinion of the Mufti of Perlis ..

  2. Zakat not meant for Disaster Aid bro. Banjir ke kebakaran is totally National Disaster is highly in the handfull of responsibilities of Authority, The Kerajaan so called PH20.!!!! Zakat is not define clearly bro. Get the facts the true know becoz this is very sensitive issue the majoriti of people here in Malaysia. Be Careful & be sensitive my fellow citizen of Malaysia. 62 years already in hormany & prosperous bro until this Msia Baru took over, what freedom more do you all want!!!!! ADUHAIII MALAYSIAN…. SEDIH…

  3. “Pastinya ulul amri bijak dlm urusan pbahagian..”. Yg ni kena bahas lagi.

    Nak bg bantuan banjir utk yg Muslim, minta wakil2 keluarga hadir di masjid, non-Muslim pastinya faham. Yg ni tak yah bahas.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.