Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DATUK Seri Anwar Ibrahim terpaksa akur dengan titah Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah bahawa hasil kutipan zakat di negeri itu akan kekal untuk golongan asnaf dalam kalangan umat Islam sahaja.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kenyataannya berhubung pemberian zakat kepada bukan Islam itu sekadar cadangan yang dilihat mempunyai ruang dan keperluan untuk dikaji berdasarkan situasi.

“Saya dalam ucapan itu menyatakan Islam ini adalah mengenai keadilan, kasih sayang dan rahmat. Itu pandangan saya supaya benda ini dikaji, diteliti oleh mufti dan majlis agama dan diputuskan. Itu saja pandangan saya.

“Kalau diputuskan tak setuju, tak apa tapi saya menganjurkan wacana yang segar mengenai tajuk ini kerana ada pandangan pandangan berbeza.

“Kalau keputusan seperti mana dibuat oleh Selangor, kita patuh kerana keputusan dalam bidang kuasa majlis agama (negeri) dan sultan,” katanya.

Beliau berkata, pandanganya yang disuarakannya semasa Seminar Antarabangsa Zakat, Wakaf dan Filantropi Islam 30 Oktober yang lalu adalah pertimbangan memberikan zakat kepada bukan Islam yang tidak daif yang berada dalam kalangan muslim di sesebuah kawasan.

“Yang saya tekankan ialah saya mahu imej Islam, tidak munasabah kita nak fikir wang zakat itu diberi semua kepada bukan Islam tetapi saya bahkan dalam ucapan saya bagi contoh dalam satu kampung semua orang Islam ada satu rumah Hindu,” ujar Presiden PKR itu lagi.

Isnin lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, mengikut agama Islam kutipan zakat hendaklah diagihkan kepada lapan golongan asnaf, termasuk asnaf fakir dan muallaf (saudara baru) dalam kalangan umat Islam sahaja walaupun agihan zakat kepada bukan Islam dibolehkan. – 6 November 2019.

1 COMMENT

  1. Daulat Tuanku…
    Mujur ada Sultan yang berdaulat.,mana mungkin boleh di beri kepada bukan islam jika pembayar zakat adalah islam .,jika pembayar zakat tidak redo macam mana…tentulah pembayar zakat tidak akan redo sebab zakat itu datangnya dari perintah ALLAH (KELUARKAN ZAKAT).
    #DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU.,SEMOGA BEROLEH KESELAMATAN DAN KESIHATAN YANG BAIK AMIIIIN.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.