SELEPAS dikhabarkan menukar wajah seperti beruang, Jho Low kini dipercayai bersembunyi seperti seekor ayam, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Abdul Hamid Bador yakin ahli perniagaan paling dikehendaki itu masih berada di negara persembunyian dan tidak pergi ke Cyprus.

“Mustahil dia boleh keluar dari negara persembunyian itu dengan mudah. Tidak munasabah. (Jho Low) masih berada di sini (negara persembunyiannya).

“Saya sudah bagitahu mustahil dia keluar di negara persembunyian dia. Dia menyorok macam ayam,” katanya.

Abdul Hamid berkata, pihaknya ada menahan beberapa suspek yang memberi maklumat bahawa Jho Low cuba untuk membeli hartanah di Cyprus.

Menurut beliau, Jho Low dikesan cuba untuk menggunakan nama penduduk setempat di situ bagi urusan jual beli hartanah di negara berkenaan.

“Kita ada buat tangkapan dua minggu lepas hasil daripada tangkapan ini kita berjaya merungkai dapat maklumat bahawa Jho Low sedang berusaha untuk membeli harta menggunakan nama masyarakat di Cyprus,” katanya lagi.

Isnin lalu, Abdul Hamid pihaknya menghadapi kesukaran untuk mengesan Jho Low kerana pelbagai alasan yang tidak dapat diterima akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyiannya.

Alasan itu termasuklah mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah dan kini menyerupai ‘beruang’ dan berjalan seperti ‘seladang’. – 6 November 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.