Kemenangan Barisan Nasional (BN), atau MCA umpamanya, kalau mereka menang pun, tidak dapat berbuat apa, kata Tun Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ini kerana kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 16 November ini tidak dapat tukar kerajaan atau Johor.

Oleh itu katanya, segala janji akan ditunaikan sekiranya kemenangan berpihak kepada PH jika kerajaan menang pada 16 November ini.

Malah beliau memberi jaminan sambil berharap pengundi akan mengambil kira kredibiliti calon PH, Karmaine Sardini, dalam menerajui Tanjung Piai sekiranya dipilih kelak.

“Saya harap pengundi akan sedar, terutamanya bahawa, kemenangan PH bermakna janji boleh ditunaikan kerana kami menjadi kerajaan di peringkat Johor dan di peringkat pusat.

“Kemenangan Barisan Nasional (BN), atau MCA umpamanya, kalau mereka menang pun, tidak dapat berbuat apa, kerana tidak dapat tukar kerajaan atau Johor,” jelasnya.

Dr Mahathir berkata beliau percaya PH mempunyai peluang untuk menang pada PRK ini.

“Kita mestilah kerja kuat. Dan kita akan turun, termasuk saya, akan turun ke Tanjung Piai untuk berkempen,” tambahnya.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, daripada Bersatu, pada 21 September lalu, akibat komplikasi jantung.

PH berdepan dengan pertandingan enam penjuru menentang BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon bebas. – 6 November 2019.

3 COMMENTS

  1. Loose talk by a guaranteed loser!
    Tch Tch old man poor old man where art thou your supposedly senior citizen wisdom?

  2. Xtukar xpaa laa atok kutty..janji calon pnipu kurang…xtukar pun xpaa tp masege pd ku kutty dn pmimpin ph d tolak…siap sedia lh krjaan spenggal ..ckp kutty yg bodoh hanya nk mnyedapkn hati yg gusar…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.