APAKAH ini juga hanya KEBETULAN….?

Selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) semalam, dua perkara berlaku:

1. Penegasan Kerajaan untuk meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secepat mungkin.

2. Penarikan balik pertuduhan ke atas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP berkaitan LTTE oleh pihak Peguam Negara tanpa dikemukakan sebarang sebab di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Apakah ini hanya kebetulan?

Apakah benar Tun Mahathir ditekan pimpinan DAP untuk beralah dalam dua isu yang melibatkan kedaulatan undang-undang dan keselamatan negara?

Di manakah prinsip ‘Rule of Law’ yang dicanang-canangkan?

Selepas pertuduhan rasuah melibatkan rumah banglo Lim Guan Eng ditarik balik walaupun mahkamah telah mulakan prosiding, Peguam Negara harus segera tampil menjawab insiden terbaru ini! – 6 November 2019.

DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.