PENGANJUR Miss Crystal Angel International sudah meminta maaf tentang kesalahan menggunakan nama ‘Republic of Malaysia’.

Ini susulan penularan sebuah video yang menunjukkan salah seorang daripada dua peserta Malaysia memperkenalkan diri dan menyatakan dirinya mewakili ‘Republic of Malaysia’.

Lebih menyakitkan hati, selempang yang dipakainya juga tertera perkataan yang sama seperti diucapkan.

Kesilapan tersebut mengundang kemarahan netizen yang menghentam penganjur pertandingan itu di laman Facebooknya.

Penggunaan perkataan republik merujuk kepada negara yang sudah tidak lagi menggunakan sistem beraja dan beralih kepada sistem presiden.

Tindakan peserta itu seolah-olah mahu menafikan kewujudan sistem pemerintahan beraja di negara ini.

Malah kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai rakyat Malaysia, peserta terbabit seharusnya tahu tentang sensiviti di negara ini, apatah lagi ketika suhu perkauman dan kebencian makin meningkat pada hari ini.

“Kami, dari penganjur organisasi Miss Crystal Angel Antarabangsa Myanmar 2019 ingin meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan telah menggunakan nama ‘Republik Malaysia’.

“Kesilapan ini tidak datang dari peserta Malaysia tetapi ia adalah daripada pihak kami. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana salah faham,” kata kenyataan itu. – 6 November 2019.

1 COMMENT

  1. The organiser is stupid – granted because they never know the difference between a non-presidential nation state and a nation still having a monarchy, e. g. Nepal. Japan, UK, Kampuchea, Saudi Arabia etc.
    The supposedly malaysian contestant is responsible for not knowing her own country and it’s system. Why parroting the organiser’s stupidity?
    Lapar title sangat kot?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.