PAKATAN Harapan (PH) tidak pernah mengemukakan nama pihak lain selain dirinya seperti yang dipersetujui sebelum Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) lalu untuk menjadi perdana menteri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mengesahkan dirinya sebagai menjadi Perdana Menteri kelapan.

“Terima kasih kepada rakyat, kepada PH dan kepada Tun (Mahathir).

“Saya dah jelaskan, saya secara ikhlasnya sebenarnya malas nak jawab (isu ini). Keputusan dibuat sebelum pilihan raya, mandat dalam pilihan raya, setakat ini tidak ada pimpinan PH yang mengusulkan nama lain,” katanya.

Mahathir sebelum ini sekali lagi menegaskan penggantinya adalah Anwar dan bukan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ujarnya, sungguhpun ada permintaan daripada pihak tertentu yang meminta beliau bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang, Mahathir komited untuk berundur sebelum tempoh tersebut.

Mahathir diajukan soalan sama ada beliau pasti akan melepaskan baton kepada Anwar, beliau menjawab;“Ya, saya akan (serah kepada Anwar)”. – 6 November 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.