KUALA LUMPUR, MALAYSIA - MAY 10: Mahathir Mohamad, chairman of 'Pakatan Harapan' (The Alliance of Hope), speaks during press conference following the 14th general election on May 10, 2018 in Kuala Lumpur, Malaysia. Malaysia's opposition leader Mahathir Mohamad claimed victory over Prime Minister Najib Razak's ruling coalition Barisan National and set to become the world's oldest elected leader after Wednesday's general election where millions of Malaysians headed to the polls. The election has been one of the most fiercely contested races in Malaysia's history, which resulted in a shocking victory as 92-year-old Mahathir made a comeback from retirement to take on his former protege Najib, who has been embroiled in a massive corruption scandal. (Photo by Ulet Ifansasti/Getty Images)

SAYA tidak mahu silap lagi kali ini.

Itu luahan Tun Mahathir Mohamad apabila mengulas mengenai pemilihan penggantinya sebagai Perdana Menteri.

Luahan itu dibuat susulan kekecewaannya memilih pengganti pada 2003 dan 2009, masing-masing membabitkan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Datuk Seri Najib Razak.

“Saya buat banyak kesilapan melantik pengganti… Jadi saya tidak mahu buat silap lagi kali ini.

“Sesiapa pun akan rasa berdebar apabila hendak menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada penggantinya,” katanya dalam pertemuan dengan akhbar Financial Times, di Bangkok, baru-baru ini.

Namun beliau bertegas bahawa jawatan itu akan diserahkan kepada calon penggantinya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila semua isu berkaitan ekonomi, termasuk bebanan hutang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan.

“Tidak, sebenarnya tiada tarikh atau tempoh tertentu yang dinyatakan, sebaliknya keputusan untuk mengundurkan diri bergantung kepada beberapa masalah yang Malaysia hadapi ketika ini.

“Saya ada pengalaman menyelesaikan kemelut kewangan, jadi mereka mahu saya untuk (terus pikul tugas sebagai Perdana Menteri) bagi merungkai isu terbabit sebelum meletakkan jawatan,” katanya.

Isu peralihan kuasa sering kali menimbulkan ketegangan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan segelintir pemimpin utamanya mengusulkan supaya Dr Mahathir kekal menerajui tampuk pemerintahan negara sebagai Perdana Menteri selama satu penggal penuh, iaitu hingga 2023.

Gesaan sedemikian turut disuarakan enam Ahli Parlimen UMNO, pada 24 Oktober lalu, yang tampil memberi sokongan supaya Pengerusi PH itu meneruskan mandat sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Enam individu berkenaan adalah Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Dr Adham Baba (Tenggara), Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Datuk Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (Maran), dan Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut). – 7 November 2019.

3 COMMENTS

  1. ………………………….kikikikiiiikikikikikikikii………………………………

    PrkTgPiai : Nelayan rasa pelik bantuan khas waktu PRK

  2. Haha..”sy dgn ini meletakkan jawatan & mengumumkan pembubaran parlimen”..kuang2..melepas lg la bang non..btuila atuk kata, ltk jwtn sblm pru-15.

  3. Beri jawatan menteri kewangan kepada DS Anwar Ibrahim boleh ke tidak beliau memulihkan ekonomi Malaysia kalau boleh baru la layak jadi PM.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.