TINDAKAN Peguam Negara, Tommy Thomas melantik peguam swasta mengundang persoalan sama ada beliau tidak percaya peguam dalam kalangan kerajaan Malaysia.

Hal itu pada mulanya dibangkitkan oleh peguam Mohamed Haniff Khatri tentang ‘tabiat tidak sihat’ Tommy melantik peguam swasta untuk mewakil kerajaan Malaysia baik dalam kes sivil mahu pun jenayah.

Haniff menyenaraikan nama-nama seperti Gopal Sri Ram, Sulaiman Abdullah dan V. Sithambaran dalam pertuduhan jenayah ke atas Datuk Seri Najib Razak bagi kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaharu, Tommy melantik pula peguam swasta veteran DP Naban mewakili kerajaan dalam saman cukai berjumlah RM1.69 bilion juga terhadap bekas perdana menteri itu.

Pelantikan tersebut telah dicabar oleh Najib menerusi peguam Muhammad Shafee Abdullah semalam dalam prosiding terbuka di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Bache.

Perkembangan terbaharu itu menarik perhatian Haniff sekali lagi dan dalam satu kenyataan peguam tersebut melahirkan rasa terkejut kerana baginya tidak ada yang rumit dalam kes tuntutan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga seorang peguam swasta terpaksa dilantik.

Katanya, kes seumpama itu sering dikendalikan peguam persekutuan bagi pihak kerajaan Malaysia dan tidak ada apa yang rumit mengenainya memandangkan peruntukan-peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 sememangnya lebih memihak kepada LHDN.

“Ini disebabkan falsafah bagi tadbiran mana-mana negara bergantung kepada kebolehan membuat tuntutan dan kutipan cukai yang efisien, yang juga disahkan melalui pelbagai keputusan mahkamah tertinggi Malaysia dalam tuntutan cukai setakat ini,” katanya menurut MalaysiaGazzete.

Haniff mengulangi penegasannya bahawa peguam-peguam Persekutuan di Pejabat Peguam Negara sememangnya kompeten dan berkebolehan untuk mewakili Kerajaan Malaysia justeru tiada keperluan pelantikan mana-mana peguam swasta secara khusus dalam tuntutan terhadap Najib.

“Jangan kita lupa sebagai badan awam, pegawai-pegawai Pejabat Peguam Negara telah sejak dari merdeka lebih 60 tahun lalu bertungkus lumus dalam memelihara kepentingan negara dalam tuntutan sivil mahupun pertuduhan janayah dengan sejayanya,” kata Haniff.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, Tommy wajib memberi penjelasan kepada rakyat adakah tindakannya seringkali melantik peguam swasta itu kerana beliau tidak lagi percaya pegawai-pegawainya sendiri atau pun Tommy telah kehilangan sokongan daripada mereka.

Katanya, kenyataan rasmi Tommy itu penting kerana hakikatnya Pejabat Peguam Negara adalah badan awam yang menggerakkan kedaulatan undang-undang negara dan tidak harus diswastkan sehingga ke tahap sekarang ini.

Baru-baru ini Haniff berkata, beliau tidak mempertikaikan kewibawaan peguam swasta yang dilantik Tommy namun keputusan tersebut boleh menjatuhkan motivasi 1,200 pegawai perundangan di Pejabat Peguam Negara yang selama ini bekerja bermati-matian tanpa mengira waktu ataupun cuti dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara. – 9 November 2019.

6 COMMENTS

  1. Tolong isi poket member broe. Bila lagi nak tolong kroni. Jadi perkhidmatan guaman tu bukan FOC. Semua berbayar. Bila lagi nak pulun duit kerajaan. Kalau pakai peguam kerajaan apa dapat. Dia ambik peguam semua bangsa dia, tu tak nampak ke? Kau org semua tgk ja lah ya. Kuasa ditangan mereka. Salah ke ? Pada aku tak salah tapi segi moral salah. Tu je. Lagi pun BN dah pulun 62 tahun. Bagi chan depa sapu sampai licin pulak..hehe. Hantam sajalah Labu

  2. Bukan masalah “kepercayaan” tetapi bagi memastikan tertuduh DSN ZAHID dan ramai lagi tidak terlepas bebas atas kecuaian dari peguam kerajaan berbanding peguam berbayar “berhujjah” untuk menang 100%.,kedua untuk elak sebarang kemungkinan Cash Is King yang menjadi amalan MR.MO1 terpakai.

  3. Bodoh sizaharah ni kalau mentaliti peguam dilantik utk mewajarkan segala tuduhan yg terlanjur dijaja PH bgi mengelak malu sndiri apalah mknanya keadilan dlm institusi undang2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.