RAKYAT khususnya pengundi parlimen Tanjung Piai supaya tidak membandingkan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) yang baru mentadbir selama 18 bulan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berusia 60 tahun, kata Datuk Seri Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, pengundi yang bakal memilih wakil rakyat Tanjung Piai tidak seharusnya membandingkan PH dengan kerajaan lama yang tumbang akibat rasuah dan salahguna kuasa pemimpin tertingginya.

“Kerajaan berusia 60 tahun, akhirnya kerajaan itu jatuh juga, dijatuhkan rakyat kerana inginkan pembaharuan beri peluang kepada PH dan imam Karmaine Sardini sebagai calon untuk meneruskan legasi baik Allahyarham Farid dan kepimpinan PH akan dukung kepimpinan ustad Karmaine di Tanjung Piai.

“Hanya tinggal seminggu lagi, janganlah kerana sentimen dibawa pembangkang saya tengok Bossku (Datuk Seri Najib Razak) turun. Nak turun buat apa Bossku, tumpukanlah di mahkamah, ini di mahkamah mata sakit, kucing cakar, siapa cakar dia lagi, semua cakar.

“Tumpukanlah jawablah dalam mahkamah, ini juga kejayaan besar PH (dakwa pemimpin rasuah). Kalau tengok pembangkang dia dakwa kita tidak buat apa-apa tetapi lupa, Kabinet antara langkah pertama menentang amalan rasuah habis-habisan dalam negara,” katanya menurut laporan MalaysiaGazzete.

Beliau turut mengingatkan pembangkang yang didakwa berlumba-lumba menyebarkan fitnah dan tohmahan supaya menghentikan tindakan menakut-nakutkan orang Melayu untuk menolak PH kerana alasan tidak memenuhi aspirasi rakyat.

“Kerajaan ini kerajaan yang mentadbir dengan kekuatan dan semangat yang dibekalkan oleh sokongan rakyat pelbagai bangsa untuk membawa kemakmuran bersama,” katanya.

Tambah Azmin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diberi kuasa penuh tanpa gangguan eksekutif untuk mencari perasuah sehingga ke lubang cacing dan dalam tempoh 18 bulan mentadbir amalan rasuah dalam kerajaan tidak kedangaran.

“Apabila selesai nanti PRK ini, lebih banyak kemakmuran akan turun ke Johor dan Tanjung Piai. Sebagai kerajaan peduli rakyat, Kabinet setuju sistem RTS di Bukit Cagar Johor mesti diteruskan demi kesejahteraan rakyat Johor,

“Kenapa tak dibuat oleh Bossku semasa jadi PM, hari ini baru nak turun Tanjung Piai, ingatlah rakyat Johor dan Tanjung Piai mesti berani ada prinsip tolak parti rasuah, pemimpin rasuah Balik KL hadapi mahkamah mahkamah tentukan siapa perompak.

“Saya bukan marah tapi geram, Bossku jangan datang ini untuk berbohong selama dua minggu ini cukup-cukuplah. Orang Tanjung Piai buat pilihan tepat 16 November ini. kalau saya pengundi sini undi saya tentunya memangkah Karmaine.

“Kita kena jadi pemimpin akhlak kena baik moral, intergriti, peduli rakyat dan semua kriteria ini ada dalam ustaz Karmaine,” katanya. – 10 November, 2019.

3 COMMENTS

  1. Memanglah rkyt akn bandingkn sebab PH dpt krjaan dlm suasana ekonomi yg sgt baik,bursa KL mantap,nilai ringgit kukuh. Skiranya PH cuma mngekalkn tahap ekonomi spt sedia adapun sdh ckup baik tapi yg trjdinya semua hamcur melingkup

  2. azmin yg cakap tu, saya nak tanya kes semburit azmin dah settle ke belum..kalau nak sembang bab akhlak..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.