PENDUDUK Tanjung Piai, lihatlah bagaimana ‘permainan’ DAP. Jika PH pertahan Tanjung Piai, Lim Guan Eng akan lantik Chin Tong sebagai wakil orang Cina.

Pakatan Harapan sendiri sudah menunjukkan sikap tidak yakin mereka kepada calon PH iaitu Karmaine.

Sudah lah beliau telah diarwahkan oleh Ketua Pemuda Bersatu sebelum ini, hari ini sudah terang lagi nyata, beliau hanyalah digunakan sebagai topeng Chin Tong DAP!

Diletakkan calon Melayu dihadapan, tetapi dibelakang Lim Guan Eng sudah pasang niat mahu melantik Chin Tong.

Taktik terdesak ini telah menjawab segala persoalan kenapa PH meletakkan Karmaine sebagai calon.

Rakyat Tanjung Piai, usah tertipu lagi. Sudah jelas calon Barisan Nasional Dr. Wee Jeck Seng mampu menggalas amanah menjaga kepentingan kesemua kaum Melayu, Cina dan India berteraskan Muafakat Nasional.

Barisan Nasional tidak akan bermain taktik terdesak seperti parti chauvinist DAP!

Taktik terdesak ini juga memperlihatkan DAP melantik Chin Tong untuk berkuasa walaupun Karmaine yang bertanding.

Parti rasis DAP mana pernah yakin dengan parti melayu seperti PPBM. Letaklah calon PPBM pun namun akhirnya mereka DAP sudah merancang untuk berkuasa walau PPBM menang sekali pun.

Saya harap penduduk Tanjung Piai gunakan peluang dan kesempatan yang ada 16 November ini mewakili seluruh rakyat Malaysia untuk menolak kerajaan Pakatan Harapan yang gagal menjaga kepentingan rakyat dan menjadi kuda tunggangan DAP. – 11 November 2019.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB,

Ketua Pembangkang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.