Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

WALAUPUN keputusan arahan membela diri mengejutkan Dato Seri Najib dan Tan Sri Shafee Abdullah, namun ianya tidak bagi Tun Dr Mahathir.

Malah Tun Mahathir terkejut kenapa keputusan itu mengejutkan Dato Seri Najib.

Tidak pernah berubah, Tun Dr Mahathir sudah tahu semua keputusan mahkamah seperti Perdana Menteri ke4 juga.

Secara peribadi saya tidak terkejut Tun Dr Mahathir terkejut apabila Dato Seri Najib terkejut kerana saya sudah menjangkakan Tun Dr Mahathir tahu semua keputusan mahkamah.

Persoalannya, bagaimana Perdana Menteri tahu keputusan mahkamah sedangkan mahkamah adalah badan yang sepatutnya bebas mengikut prinsip pengasingan kuasa?

Apabila saya meninjau pendapat umum di media sosial, rata-rata rakyat juga sudah menjangkakan keputusan arahan membela diri walaupun mereka mengharapkan Dato Seri Najib dibebaskan tanpa perlu membela diri.

Alasan kenapa rakyat tidak terkejut dan kenapa Tun Dr Mahathir tidak terkejut adalah berbeza.

Takkan lah Tun Dr Mahathir nak terkejut sedangkan beliau lah yang menghasut rakyat sejak 2014 hingga kini bahawa Dato Seri Najib adalah seorang pencuri, penyamun dan penyangak.

Itu tuduhan dan hukuman yang dijatuhkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir sendiri sejak awal berkempen di dalam UMNO untuk menjatuhkan Dato Seri Najib hingga tertumbangnya BARISAN NASIONAL pada 9 Mei 2018.

Perspektif rakyat yang sudah sedar mereka ditipu selepas PRU14 pula berbeza.

Rakyat tidak terkejut kerana mereka sedar hukuman bersalah telah pun dijatuhkan oleh PAKATAN HARAPAN terhadap Dato Seri Najib Razak sejak sebelum PRU14.

Rakyat tidak merasa pelik kerana sehingga kini kerajaan hanya tahu menyalahkan Dato Seri Najib atas segala kelemahan dan kegagalan PAKATAN HARAPAN selepas berkuasa pada 9 Mei 2018.

Rakyat tidak kehairanan kerana mereka sudah muak dengan laporan-laporan media arus perdana yang seakan-akan menyalahkan Dato Seri Najib Razak sebelum dirinya dibuktikan bersalah di mahkamah pun.

Yang penting, apakah Dato Seri Najib Razak telah terbukti bersalah di mahkamah?

Dato Seri Najib Razak tidak bersalah selagi mahkamah belum membuktikan dirinya bersalah.

Jadi apa yang berlaku pada 11 November 2019, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarahkan Dato Seri Najib Razak untuk membela diri pada 3 dan 4 Disember, 9 hingga 12 Disember dan 16 hingga 19 Disember.

Perjuangan membersihkan nama dan menuntut keadilan bagi Dato Seri Najib Razak kini memasuki fasa baru.

Rakyat bakal mendengar pendedahan dari Dato Seri Najib sendiri di mahkamah.

Ini peluang untuk rakyat mendengar dari kedua-dua belah pihak.

Rakyat juga tidak lupa Tun Dr Mahathir pernah memberitahu seluruh dunia bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat dan salahguna kuasa ketika era Perdana Menteri ke empat.

Rakyat sedar Tun Dr Mahathir juga telah memberitahu seluruh dunia hari ini bahawa hukuman ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim dahulu adalah suatu kesilapan.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Tun Dr Mahathir sendiri, bukan oleh pihak mahkamah.

Apakah Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu dipengaruhi oleh kuasa politik Perdana Menteri ke empat?

Jadi apakah bekas Perdana Menteri ke empat yang kini menjadi Perdana Menteri ke tujuh tidak akan menggunakan kuasa nya untuk mempengaruhi mahkamah sekali lagi?

Dalil paling jelas, bagaimana Ketua Peguam Negara yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir adalah bekas peguam Lim Guan Eng yang kemudiannya bertindak membebaskan Menteri Kewangan tersebut dalam kes rasuah rumah banglo di Pulau Pinang.

Lihat juga bagaimana Ketua Peguam Negara sering kelihatan bercakap di pentas politik menyebelahi PAKATAN HARAPAN.

Akhir sekali, jangan pula nanti kita terkejut dengan kuasa Allah yang menguji hambaNya dengan segala hikmah yang tersembunyi. – 13 November 2019.

ANINA SAADUDIN,
Bekas pengasas BERSATU.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

10 COMMENTS

  1. Good article. Hope it can open up the rakyat’s mind to think critically and analytically. Keep up the good work!

  2. Rakyat mengharapkan DSN dibebaskan? Itu harapan rakyat yang tak faham undang2. Mana2 pelajar undang2 pasti tahu dengan segala bukti dan pengakuan saksi2 bukan mudah untuk melepaskan diri. Logiknya sahaja pun kita boleh faham dengan amat mudah. Derma RM2.6 billion dari putera Arab? Mana dia putera Arab? Zahid Hamidi kata ada jumpa sampai sekarang identitinya masih xxxx. Takkan bodoh sangat nak percaya. Ini tuduhan menghina mahkamah dan boleh diambil tindakan.

  3. sama2 kita nanti keputusan prk tj pial. harap2 PH bungkus terus…sembang kuat sangat dari kepala sampai ekor..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.