WALAUPUN ahli PAS tidak ramai di Tanjung Piai, tetapi sokongan penuh akan diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 16 November ini, kata Presiden PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan bahawa ahlinya tidak menyokong calon MCA dari BN dalam PRK itu nanti.

“Keahlian kita di situ tak besar tapi kita harapkan lebih 2,000 pengundi akan mengundi calon dari MCA,” katanya.

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru antara calon PH, Karmaine Sardini; Calon BN (Datuk Seri Wee Jeck Seng), Gerakan (Wendy Subramanian), Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) (Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz) serta dua calon Bebas (Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar).

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42 daripada Pakatan Harapan (PH) pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung. – 13 November 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.