Enggan bagi Tian Chua peluang, Vellfire Prabakaran kena baling telur

0

SEBANYAK 14 NGO mendesak Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Naib Presiden PKR, Tian Chua mengambil semula jawatan itu.

Desakan itu dibuat selepas keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 November lalu, yang membuat ketetapan pelucutan hak pencalonan Tian Chua sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak sah, sekali gus layak bertanding dalam pilihan raya.

Namun Prabakaran berkeras tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen itu bagi memberi laluan kepada Tian Chua kembali menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Sebaliknya, Prabakaran mahu terus berkhidmat kepada rakyat secara telus dan adil walaupun menerima desakan daripada pihak tertentu supaya melepaskan jawatan.

Mungkin disebabkan itu, kereta Vellfire milik Prabakaran menjadi mangsa vandalisme apabila dibaling telur lewat malam tadi ketika beliau sedang sibuk bermesyuarat di sebuah restoran di Sentul.

Kereta itu dipakirkan oleh pemandu Prabakaran sebelum pulang ketika Ahli Parlimen itu masih lagi bermesyuarat.

Sejurus selepas tamat mesyuarat, Prabakaran terkejut hampir keseluruhan kereta Toyota Velfire berwarna putih miliknya telah di baling puluhan biji telur.

Prabakaran kemudian membuat laporan polis berhubung insiden tersebut di Balai Polis Sentul malam tadi juga. – 16 November 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.