MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf yang menjaga hal ehwal agama sebagai tidak mempunyai fungsi serta manfaat, kata Siti Kasim.

Oleh itu, peguam berfahaman liberal tersebut mendesak Mujahid meletak jawatan sahaja kerana pelbagai isu tidak dapat diselesaikan olehnya sehingga kini.

Siti Kassim yang menulis di laman Facebook miliknya berkata, Mujahid telah gagal menegakkan Islam selama menjawat jawatan tersebut.

Aktivis tersebut juga mengecam Mujahid kerana telah memberikan wawancara yang langsung tidak meyakinkan kepada penyiar berita antarabangsa, BBC yang membincangkan hal ehwal Islam di negara ini.

“Menteri ini sepatutnya bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam sebenarnya penuh dengan percanggahan dan seolah-olah tidak berkuasa untuk membuat perubahan sebenar bagi mengekang ekstremisme agama di Malaysia.

“Melalui temuramah itu, menteri ini tidak dapat memberikan walau satu contoh sama ada beliau atau kementeriannya berguna untuk membuat sebarang perubahan kepada mana-mana ekstremisme agama yang berlaku di Malaysia.

“Langsung tidak ada apa-apa. Kosong,” katanya seperti dipetik portal Malaysia Gazette, hari ini.

Menyambung tulisannya, Siti Kassim mendakwa Mujahid juga telah gagal menangani isu penceramah berkontroversi, Dr Zakir Naik yang mendapat status penduduk tetap di negara, yang padanya telah memburukkan lagi polarisasi kaum dan agama di antara kaum.

“Sebelum ini sememangnya Mujahid mengakui Zakir Naik telah memecahbelahkan dan tidak sesuai untuk Malaysia tetapi beliau tidak melakukan apa-apa dan memanggil Zakir Naik yang merupakan penyokong umat Islam menjadi pengganas sebagai inspirasi.

“PR yang telah diberikan itu boleh dibatalkan oleh kerajaan Persekutuan tetapi apa yang telah jadi? Apa yang telah Mujahid lakukan selain daripada memanggil Zakir Naik sebagai inspirasi,” tegasnya. – 16 November 2019.

3 COMMENTS

  1. Adinda Siti jangan la buat Kanda Jahit macamni…Kanda sayangkan Dinda..xkan lambt sikit kanda nk masuk meminang Dinda dh buat tomahan pada kanda…

  2. Nak tegakkn islam mcmn dah kau iblis dudok dlm kawah yg sama…
    Kau nk sebut perkataan islam pun x layak! Podahhh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.