DATUK Seri Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan tindakan pihak tertentu yang cuba memburukkan imej dan nama baiknya dengan menyebarkan fitnah dalam bentuk kain rentang mengutuk nelayan.

Menteri Pertanian Industri Asas Tani itu juga tidak menolak ia mungkin dilakukan oleh pihak musuh yang sengaja mahu mencari publisiti murahan pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Beliau mengulas mengulas mengenai kain rentang yang di salah satu kawasan di DUN Kukup mempamerkan wajahnya dengan tulisan “Nelayan jangan jadi pemalas”.

“Itu bukan saya, saya tak pernah mengeluarkan perkataan nelayan jangan jadi pemalas.

“Sejak saya masuk pejabat sehingga sekarang apa yang saya pernah cakap adalah nelayan petani dan penternak adalah wira negara dan tidak pernah kategorikan mereka sebagai pemalas.

“Mungkin yang buat itu adalah pihak musuh yang sengaja mahu mencari publisiti murahan pada hari mengundi ini,” katanya menurut laporan MalaysiaGazzete. – 16 November 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.