RAKYAT telah bangkit dan memberikan isyarat yang jelas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 15,086 undi dan menyapu bersih kesemua pusat daerah mengundi merupakan manifestasi kepada penolakan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang didominasi oleh DAP.

Kemenangan dengan majoriti besar tersebut adalah diluar jangkaan sama sekali. Lebih-lebih lagi calon PH adalah dari parti Perdana Menteri iaitu PPBM malah Perdana Menteri sendiri turun ke Tanjung Piai. Malah Tanjung Piai merupakan negeri presiden PPBM.

Namun semua itu tidak mengubah keputusan rakyat Tanjung Piai yang 65% daripada mereka memberikan isyarat yang jelas melalui kertas undi.

Rakyat sebenarnya amat kecewa bukan sahaja dengan kegagalan kerajaan menunaikan manifesto mereka namun memperbodohkan rakyat dengan alasan-alasan seperti mereka membuat manifesto yang tidak boleh ditunaikan kerana tidak yakin mereka akan menang di dalam PRU14. Yang menambahkan kekecewaan rakyat adalah apabila dasar kerajaan yg dilihat gagal malah telah membebankan hidup mereka.

Kejatuhan harga komoditi seperti sawit dan getah tidak mendapat pembelaan yang wajar. Harga sawit dan getah terus rendah namun menteri hanya mengumumkan kempen minum minyak sawit dan tanam buluh.

Malah yang lebih membimbangkan apabila persatuan industri sawit India berkempen untuk memboikot minyak sawit Malaysia yang pastinya akan beri kesan kepada harga sawit kerana India mengimpot 4.1 juta tan sawit setahun.

Nelayan di Tanjung Piai juga menderita dengan pendapatan yang kecil dan tiada dasar baru untuk mengubah kehidupan mereka.

Kehidupan mereka terus terhimpit apabila harga barang terus meningkat.

Lebih membebankan lagi apabila insentif-insentif di bawah kerajaan BN telah dihapuskan.

Beban juga dirasai oleh pengundi-pengundi kaum cina yang merupakan pekebun kecil dan pemilik ladang sawit. Malah kaum peniaga cina juga menghadapi kesan akibat kelembapan ekonomi ketika ini.
Kesempitan masyarakat Melayu luar bandar di Tanjung Piai pastinya menjejaskan perniagaan mereka yang mana perniagaan mereka bergantung kepada pelanggan mereka yang terdiri dari masyarakat Melayu di luar bandar Tanjung Piai.

Walaupun menteri-menteri PH turun untuk memberikan janji-janji manis namun rakyat Tanjung Piai sudah tidak mempercayai PH lagi. Bagi mereka cukup lah sekali ditipu, mereka tidak rela ditipu secara berterusan lagi.

Sebab itulah keputusan PRK Tanjung Piai memberikan mimpi ngeri dan buruk kepada kerajaan PH.

Keputusan rakyat Tanjung Piai bukan sahaja menggambarkan perasaan rakyat di Tanjung Piai namun mewakili perasaan rakyat Malaysia keseluruhan nya.

Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukan lah yg pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak 3 kali sejak PRK Cameron Highlands. Diikuti Semenyih dan Rantau. Majoriti kekalahan PH meningkat dari 3 ribu lebih di Cameron Highlands ke 4 ribu lebih di Semenyih dan Rantau sehingga memuncak ke 15 ribu lebih di Tanjung Piai.

Mesej rakyat amat jelas iaitu mereka tidak lagi percaya kepada kerajaan PH untuk menerajui pemerintahan negara ini.

Keputusan Tanjung Piai merupakan referendum rakyat yang menolak kerajaan hari ini.

Oleh itu jika kerajaan benar-benar sensitif dan mendengar suara hati dan nurani rakyat, kerajaan tiada pilihan lagi selain daripada membubarkan parlimen.
Biarlah rakyat menentukan masa depan negara ini. – 17 November 2019.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB,
Ketua Pembangkang.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

12 COMMENTS

  1. The people voice was loud and clear that the citizens were not happy at current PH Government who won the PRU 14 thru deceit, lies and character assassination.
    Then the PH government added salt to injury by showing their Minister’s incapacities and inexperienced in economic and social deliverance, hence the KPI rating of each minister was a failure to capture the mandate of the people. Not to mention a daily blow by DAP ministers who showed their radical racism towards Malay either in parliament or in any platform. These are just few to mention but the simpliest way to show the frustration of The people sentiments are on casting the vote.

  2. Yang nenang tak nak sebut ke?

    Ada ke duit nak biaya kos pru ?

    Dah teruk sangat ke malaysia ni sekarang?

    Harga komoditi yg disebut tu, kat negara luar tinggi ke?

    Kenapa nelayan cina kaya raya, tapi nelayan melayu merana?

    Last sekali nak tanya?

    Dah tak cukup duit ke nak bayar rumah, kereta & kad kredit??

    Apalagi nak pergi melancong keluar negara.
    Bawa anak bini??

    Semua rakyat tahu dahh.
    Nak pru bukan nak jadikan malaysia ni aman makmur.

    Cuma nak rebut kuasa.
    Nak kuasa menteri.

    Nak kemudahan & kekayaan.

    Cukup-cukuplah.

    Bagi lah pula pada pemimpin lain.

    Pergilah mengabdi pada masyarakat, maahad tahfiz, rumah anak2 yatim, warga tua & imarahkan masjid @ surau.

  3. Perlu ke! Bubar parlimen kerana kalah 4 pilihan raya? Mungkin negara terpaksa berbelanja sangat besar untuk satu-satu GE sebelum sampai masa.

    Biarlah mereka habiskan penggal mereka dulu. Kalau rakyat suka atau benci, kita tunggu aje masa yang akan menrntukan. Jangan lah terlalu sombong dengan kemenangan.
    Hari ini kita menang tetapi belum tentu esok kita boleh mencatat rekod yang sama.

    Istiqomah dalam perjuangan.

  4. Punca kekalahan ph dtg dari dap. Cuba tgok hujah2 pembankang.ke2 ph terpalit bnyk kes. Kes semburit ,kes pengganas, kes rogol,dgn bkl kenaikan harga mnyk dan air, cukai2 baru akn diperkenalkan, ditmbh sst yg beban rkyt,psuruh jy sprm berat sebelah. Hnya pmbangkang sj jdi ssrn.. Rs dh cukup. X pyh sebut bnyk lgi.pkr pula dsai vs azmin. Rkyt jdi kcw

  5. Kalau tak bubarkan parlimen, PH ni besar kepala. Kerje diorang yg paling senang ialah salahkan kerajaan BN dulu. Masa kempen PRU14, PH fitnah dan berbohong macam macam. Padahal record ekonomi BN waktu datuk Najiblah yg paling cemerlang. Patutnya ada undang2 yg boleh dakwa PH ni. Semuanya terbukti penipu hebat. Itu pun masih ada lagi yg buta hati.

  6. Tu pendapat segelintir saja,saelok2 baik bubar kan n sahaja kepala ta pening,lagi beri ya memerintah ,silap2semua aset dia jual mampus rakyat manpus rakyat silap negara terlungkup,mana na pinjam,dunia na kasi pinjam, kesudahan nya jadi macam lain di perintah bangsa lain,negara tergadai pasal hutang, kita jadi barua orang dalam negara sendiri,fikir LA,dalam hati deorang kita ta tahu kalau2 betul berlaku tu jam air mata berdarah ta guna lgI.

  7. Yg suruh bubar tu org yg ade kepentingan peribadi jer… Skang mca menang blh la dorg bahagiakan org tanjong piai sbb sblm ni org2 tanjong piai derita kata nye la… Ape lgi blh p umrah dh ade org sponser… Tahniah..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.