DALAM PRK Rantau dan PRK Tg Piai, kaum Cina telah mengundi BN. Mungkin ada yang akan kata pengundi undi BN sebab tidak puas hati dengan PH, bukan kerana suka BN.

Bagi saya itu tak penting sebab dulu PRU 14 pun orang undi PH sebab tidak puas hati dengan BN. Ini lah demokrasi.

Barisan Nasional terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC serta dibantu oleh Makkal Sakti dan Parti Cinta Malaysia.

Muafakat Nasional terdiri daripada UMNO dan PAS. Oleh itu, UMNO memainkan peranan utama.

Soalan saya siapa pemimpin UMNO yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranya BN/MN memenangi PRU 15? Minta maaf lah tapi Dr Zahid Hamidi tidak sesuai.

Beliau tidak mempunyai kebolehan berucap dan yang paling penting, beliau tidak mampu menjawab isu-isu yang dibangkitkan. Sampai, jawatan ketua pembangkang pun diberikan kepada Ismail Sabri.

Saya cadangkan Najib Razak @ Bossku. Beliau mempunyai kebolehan dan pengalaman menjadi PM.

Saya tahu beliau ada kes-kes dalam Mahkamah tetapi selagi Mahkamah tidak menyabitkannya, Bossku adalah innocent.

Mahu tak mahu, apa yang Bossku kata boleh dibuat dulu, dapat dibuat (e.g. batalkan tol motorsikal Jambatan PP), apa yang Bossku kata diperlukan dulu, memang diperlukan (e.g. GST, ECRL, Lynas), apa yang Bossku kata tak boleh dibuat dulu, memang tak boleh dibuat (pendidikan percuma, hapuskan hutang PTPTN dan tol lebuhraya), dan apa yang Bossku bagi pula ditarikbalik (e.g. diskaun PTPTN, BRIM).

Pasal kes Mahkamah Bossku jangan khuathir. RCI kata Dr M dan Daim Z terlibat dalam skandal Forex BNM.

Azmin pula dituduh oleh Haziq bersemburit. Tiada pendakwaan. Lim Guan Eng didakwa, tetapi kes ditarik-balik ketika kes pada peringkat pendakwaan. Kes Rafizi diberhentikan pada peringkat pembelaan.

Anwar Ibrahim lagi best, didapati bersalah dan dihukum penjara tetapi boleh diampunkan.

Persoalannya bukan apa yang Bossku nak daripada rakyat. Persoalannya, apa yang kita boleh nikmati daripada Bossku. Kalau setuju dengan saya, share, react and comment.

Saya menyibuk dalam hal parti sebab saya bercakap berkenaan calon PM Malaysia. Saya berhak. Juga, saya nak tambah sikit lagi.

Pilihan utama saya ialah Dr Sam (MB Terengganu). Atau Dr Zambry (bekas MB Perak). Mungkin mereka boleh dipilih pada PRU 16 atau PRU 17 sebab mereka perlu menjadi pemimpin parti masing-masing. Tapi buat masa ini, Bossku. – 18 November 2019.

DR. SHAMSHER SINGH THIND,
Peguam.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya
mencerminkan pandangan NTHQiBord*

23 COMMENTS

  1. I Ds Rosmah will be the best PM candidate. Easy, let her contest in the 15th GE and she will surely win i. e. if BN is going to win.

  2. Dah terbukti Bossku jauh lebih hebat dari Atok…!!!
    Atok pakar cakap berbelit-belit …kaki pusing tambahan bila dah tua ni suka bagi jawapan “tak tahu…tak tahu…pasal dah tua selalu Mudah Lupa…!!!

    Anwar …,hakim telah membuat keputusan bersalah bererti benarlah perlakuan nya,
    Adakah 1Malaysia akan berbangga pada dunia..??? mempunyai PM berakhlak songsang…!!!???
    Agong mengampunkan kesalahannya atas nasihat Bendahara bukan membatalkan keputusan Hakim.
    Bossku jauh lebih gentleman…!!!
    Menghadap mahkamah TANPA melibatkan, menghasut, memburuk,mencaci atau sesuatu perlakuan yg mempengaruhi sehingga merosakkan minda rakyat, Walaupun dihentam kiri kanan sehingga diperlakukan macam ihsan tak bermaruah oleh pemimpin haprak… Ibu perosak bangsa Melayu…!!! Yg sekarang sangat Mudah Lupa…!!!

  3. Sy se bagai salah seorng warga M’sia lebih suka mencadangkan bhwa jika dto’sri Anuar ada kes semburit dnanya pun ada tiruan,@palsu,ddlm ke tiga2 kes berkenaan sebgaimna yg telah di sahkan dr.bhwa air mani dri dna tersebut adalah bukan dri dto’sri Anuar,jadi bagaimna mhkamah boleh menjatuhkn hukuman ke atas belau,pd hakikatnya undng2 di mhkamh M’sia adalah undng2 sang labah2,persyetankan,jdi peguam negara,telah di beli&di kuasai oleh PM,campurtgn kuasa esektif,nak jdi PM mesti bersih dari rekord,rasuah,justeru itu,jo low mesti di bawa pulang ke M’sia baru kes najib boleh di bereskn,dgn demikian dto’najib juga mesti di gantungkn dri jwtan PM,kita warga M’sia bimbang pisang berbuah 2x,3x,4x,5x@seterusnya,awas hnya warga M’sia yg tak x otak shj yg tak rasa apo2 di benak hatinya yg dah mati yg gemar bhwa wang rakyat bakal di sabotaj,di rompak buat kali seterusnya,,,&rakyat yg susah terus susah,bgi yg islm berdoala bnyak2,sebb mereka yakin bhwa dtg dri Allah,tpi dlm masa yg sama ramai institusi agama,

  4. Kalau bekas. Banduan pun di minta jadi PM macam dah tak ada orang ke kat malaysia niiii ….. Hancussss

  5. saya setuju zahid hamidi sngt tdk sesuai jadi PM.dsai lagilah tdk sesuai,akhlak down walaupun bijak berckp.klu BN menang PRU 15,individu yg sesuai adalah tok mat hasan.bossku tak payahlah sebab ikut ckp bini dia.apa pun,sesiapa pun jika dah berkuasa,nafsu mknnya sgt kuat,semua dilahapnya.orang sekeliling walaupun ada yg tahu,kunci mulut takut kena pancung mcm tan sri muhyidin dipancung .

  6. Tok mad tu lgi baik dari MB Terengganu. Sebab pengetahuan dan pengalaman dia CEO luar negara Syarikat Mercedes Benz . Ramai yang tidak tahu kebolehan tok mat.

  7. Ini jelas tepat dgn hadis akhir zaman, perompak dan puncuri diangkat jadi penimping, dulu thn 70an, 80, 90an masih tak faham maksud hadit tersebut.. Skg jelas.. Begi nilah caranya.. 😇

  8. Sy cadang rosmah mansur..ilmu magic nya telah smpai tahap tertinggi..beliau boleh mendatangkan duit yg banyak..emas menimbun..menunduk kan kuasa2 besar dgn kuasa magicnya..membina rumah2 rakyat dalam 1 malam..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.