Syed Saddiq memuatnaik gambarnya bersama Tun Mahathir dalam Facebook miliknya semalam. - Gambar Facebook.

KETUA Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman wajar atas kekalahan yang dialami calon Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai, kata Armada Terengganu.

Ketua Armada BERSATU Terengganu Syaiful Irfan Anang berkata, Syed Saddiq yang juga merupakan ketua Pemuda PH tidak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin yang berkesan untuk memobilisasi jentera Pemuda yang “sangat lemah”.

Malah Syaiful menolak menolak keras kenyataan bekas timbalan presiden PKR Syed Husin Ali yang sebelum itu menyifatkan kekalahan di Tanjung Piai memperlihatkan kekecewaan rakyat terhadap PH, terutamanya kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Teguran perlu diberikan kepada beliau (Syed Saddiq) kerana realitinya pada PRK sebelum ini dan kali ini, PH mengalami kekalahan yang sangat mendukacitakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keputusan pengundi untuk tidak menyokong PH berpunca daripada pelbagai isu yang tidak diselesaikan dengan baik melibatkan menteri belia dan sukan itu, terutamanya berkaitan istana Johor.

Katanya, Syed Saddiq perlu menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi, sekali gus memperkasakan akar umbi dan Pemuda PH.

“Ketua Pemuda PH perlu bermuhasabah dan segera menyelesaikan pelbagai konflik dan perkasakan akar umbi dan barisan Pemuda PH supaya PH akan bertambah maju dan berjaya,” katanya.

Dalam PRK semalam calon Barisan Nasional (BN) Wee Jeck Seng mengalahkan calon PH, Karmaine Sardini dengan majoriti besar 15,086 undi untuk merampas semula kerusi berkenaan. – 18 November 2019.

2 COMMENTS

  1. Jangan mudah menuding siapa yang bersalah. Ini kehendak rakyat. Rakyat yang menilai. Perbaiki dan penuhi janji itu jawapannya.

    • Sadik siga raga baiki kelemahan PH. Jangan suka menuding jari pada orang lain. Satu jari kamu tunjuk pada orang. Empat lagi jari menunjukkan pada kamu. Tunaikan janji-janji Yang PH buat. Walau pun tidak ada dalam hadis. Baru boleh PH bertapak. Selagi PH kencing selagi itu lah tidak akan menang PRK atau PRU.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.