AHLI AMANAH perlu cermin diri atau muhasabah jika mahu memastikan kelangsungan parti kekal utuh, kata Timbalan Presiden Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau turut menekankan ahli-ahli parti supaya terus memartabatkan integriti dan sifat amanah, selain mengingatkan mereka mengambil pengajaran terhadap nasib UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Katanya, UMNO tersungkur akibat perbuatan mereka sendiri yang mengamalkan kronisme, nepotisme dan menjadikan harta rakyat sebagai harta sendiri.

“Jika mahu Parti Amanah terus hidup, lihat semula wajah kita di cermin. Adakah ia masih indah seperti mana hari pertama kita dulu sebagai kerajaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta ahli-ahli parti tidak mudah menyalahkan pihak lain termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekiranya kelemahan tersebut datang dari diri sendiri.

Salahuddin juga berharap pemilihan pemimpin dibuat berdasarkan kredibiliti individu tersebut sebagai pemimpin dan menolak budaya cai.

“Lengkapkan sifat nabi pada diri dan buang sifat iblis. Pilihlah pemimpin yang boleh membuat kerja dan ketepikan cai.

“Kalau ada budaya ini, pasukan kita, Amanah akan hancur,” katanya. – 18 November 2019.

7 COMMENTS

  1. Kami tak kira siapa PM, kami hanya mahukan kebajikan rakyat diutamakan. tunaikan janji yang telah berikan, jangan sekali-kali menipu rakyat.
    Dah hampir 2th Islam dan bangsa Melayu dipersenda dan dihina oleh “bangsa Celaka”. Sampai sekarang apakah tindakan kerajaan? Selepas :bangsa Celaka” meminta maaf kerajaan membisu, lepas itu mereka buat lagi dan minta maaf lagi. Kami dah serik dan bosan dengan situasi ini. dan yg paling menyedihkan ada juga manusia sebangsa dgn kami menjadi “anjing” suruhan mereka, mereka ini lebih “celaka” drp “bangsa celaka” tadi

    • Salehhudin tu macam nak masuk BN pulak. Dulu pas. Lepas ni terlepas pulak kat BN. Siapa pula menteri akan menangis lagi. Khahaha.

  2. Mr SALAHuddin, BN kalah PRU14 bukanlah pasal PH kuat. Pendokong BN cuma silap strategi. Mereka cuma nak turunkan ranting sahaja tetapi terpotong dahannya sekali. Jadi tak perlulah puak-puak dan engkau sekali berkokok mengatakan rakyat berniat menukar kerajaan.
    Kerajaan dokongan kamu sendiri berkokok berdegar-degar tetapi tahi lekat di gelegar. Xs

  3. Kerajaan tak akan tunaikan janjinya kerana kerajaan hari ini di dominan oleh DAP yang agenda utamanya ialah menghapuskan hak bumiputra, melemahkan sistem pentadbiran islam dan mengembangkan sistem liberal.

    Selagi agenda mereka tidak menepati sasaran, selagi itu lah mereka akan berusaha kearah itu dengan mengenepikan lalak laung orang melayu.

    Ianya jelas dan terserlah dengan berita yang kita tahu melalui banyak disiarkan di media tentang perilaku DAP memonopoli atau manupulasi sistem pentadbiran kerajaan.

    Bangsa melayu dalam kerajaan tidak boleh bersuara lantang memperjuangkan hak seolah telah disekat dengan perjanjian awal penyatuan mereka dalam pakatan harapan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.