KEMENANGAN Barisan Nasional di Tanjung Piai tidak mencerminkan rakyat di seluruh negara menolak kerajaan Pakatan Harapan, kata Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar

Ini kerana katanya, Tanjung Piai di Johor itu adalah bangsa Johor dan ia lain daripada yang lain.

“Tanjung Piai bukan seluruh Malaysia. Tanjung Piai di Johor, itu bangsa Johor,” kata Menteri Tanah Air dan Sumber Asli seperti dilaporkan MalaysiaGazzete.

Bagaimanapun, menurut Xavier, kekalahan PH yang menyandarkan calonnya Karmaine Sardini itu akan dijadikan panduan kepada kerajaan dan PH akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan.

Katanya, kekalahan itu tidak lebih daripada luahan kemarahan rakyat terhadap beberapa isu termasuk sentimen agama dan kaum di mana menurut beliau agenda seumpama itu boleh membantutkan kemajuan Malaysia.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jeck Seng yang menang dengan majoriti besar iaitu sebanyak 15, 086 undi.

Karmaine tewas kepada calon BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang memperoleh 25,466 undi sekaligus mengembalikan Parlimen Tanjung Piai kepada BN selepas 18 bulan dimenangi oleh PH dalam PRU Mei lalu. – 18 November 2019.

6 COMMENTS

  1. Kalau tidak mencerminkan seluruh rakyat Malaysia. Cuba lah bubarkan parlimen. Jangan bercakap macam dalam kelambu.

  2. Parti PH penuh dengan orang-orang yang kiasu. Takut kalah dan enggan menerima kekalahan apa lagi mahu mengaku sudah ditolak rakyat dan tidak laku lagi. Belah lah parti yang dikawal oleh pengganas kominis dan pengganas elam.

  3. Who actually brought up religious and racial sentiments u people in PH. You had not enough knowledge and skills to administer government. You now in goverment now and yet u acted like opposition.. Thats why it creat a lot of issues..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.