DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi mengkhianati Rakyat Malaysia, khususnya pengundi Tanjung Piai yang baru sahaja dua hari lalu memberikan kepercayaan kepada Calon BN bagi memenangi kerusi tersebut.

Sebelum ini Hisham bermaharaja menjadi orang tengah Tun Mahathir untuk membawa masuk pimpinan dan MP Umno ke PPBM tanpa sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan Umno.

Setiap kali bila diajukan soalan kenapa beliau menghasut MP Umno untuk menyertai PPBM, beliau kerap memberi alasan beliau mengepung MP-MP BN bagi mengelakkan mereka menyertai PPBM.

Namun hari ini, apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 orang MP BN kerumah Menteri Semburit Azmin Ali di Presint 8, Putrajaya?

Walaupun bukan semua 22 MP ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini.

Saya ingin memaklumkan bahawa pada 30hb Oktober 2019 lalu, saya telahpun membuat laporan kepada Lembaga Disiplin Parti dan Presiden Umno terhadap penglibatan Hishammuddin Tun Hussein dalam menghasut Pimpinan dan MP Umno untuk menyertai PPBM.

Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada  mereka yang mempengaruhi Pimpinan dan MP Umno untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.

Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno yang sudahpun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan.

Saya berharap tiada pihak mempertahankan pengkhianatan yang dilakukann oleh Hishammuddin ini.  Parti mengambil tindakan tegas. – 19 November 2019.

DATUK LOKMAN NOOR ADAM,

Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.