TAN Sri Annuar Musa menyuarakan kebimbangan terhadap penyakit lama yang masih wujud dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Dalam Twitternya semalam, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata beliau sudah merasai pengalaman menjadi kerajaan dan pembangkang sepanjang karier politiknya.

“Saya dah lalui menang dan kalah. Saya tak takut BN kalah.

“Saya takut BN menang tapi penyakit lama datang semula, berebut jawatan, politik wang, lupa daratan, penyelewengan, rasuah, kesombongan dan sebagainya.

“Muafakat Nasional diharap membawa budaya politik baharu,” katanya.

Tidak pasti sama ada kenyataannya itu merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang dilapor mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.

Pertemuan itu diadakan dua hari selepas BN mencatat kemenangan besar di PRK Tanjung Piai menerusi calonnya, Dr Wee Jeck Seng.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendedahkan pertemuan itu antara 22 Ahli Parlimen BN dan Azmin di rumah Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Bagaimanapun Hishammuddin dalam kenyataannya menafikan mengetuai pertemuan itu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.