SEKALI lagi Datuk Seri Hishammuddin melanggar prinsip berjamaah.

Kali ini beliau bawa beberapa MP BN ke rumah Datuk Seri Azmin Ali ketika para penyokong bersemangat meraikan kemenangan besar di Tg Piai.

Apa pun alasan beliau, dia tidak boleh buat sesuka hati. Bincang projek pembangunan elok di pejabat bukan di rumah.

Sebelum ini sudah beberapa kali dia buat perkara yang membingungkan parti dan ahli di bawah.

Tindakan beliau itu bukan sahaja boleh memecah belahkan parti tetapi memusnahkan muafakat nasional.

Itu natijah berjamaah. Bukan musuh yang porak poranda tetapi jamaah sendiri yang binasa apabila prinsip berjamaah dinodai.

Dia pernah berkata, jangan angkuh dalam membangkitkan isu perpaduan.

Tetapi Hisham lupa melanggari prinsip berjamaah banyak kali adalah keangkuhan melampau.

Tindak tanduk beliau tidak menjamin tengkuknya terselamat tetapi membawa padah pada parti dan ummah. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong boleh keciciran. – 20 November 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.