‘Saya masih tak puas hati, minta SPRM segera masuk’ – Mujahid

0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk menyiasat dakwaan portal berita berpangkalan di Hong Kong, Asia Sentinel pada 7 Nov lalu bahawa terdapatnya penglibatan rasuah didalam pemberian sijil halal kepada pengeluar makanan. Demikian yang dinyatakan oleh Mujahid Yusuf Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Selain daripada kerjasama penuh yang akan diberikan oleh pihaknya kepada pihak SPRM, beliau juga menyatakan bahawa siasatan dalam sedang dijalankan. “Diharap kita akan dapat gambaran jelas. Saya masih tidak puas hati dan saya minta SPRM segera masuk”

Sebagai salah sebuah badan pensijilan halal yang paling dipercayai dan diikitiraf diseluruh dunia, dakwaan tersebut boleh menjejaskan imej serta kredibilti JAKIM.

Menurut dakwaan portal itu juga, ia turut memperlihatkan penglibatan seorang pegawai atasan disebalik tindakan tersebut.- NTHQiBord, 25 November 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.