Janji Anwar kepada Chin Peng ?

3

Membaca kata-kata Chin Peng kepada wartawan Malay Mail Online, Debra Chong, dalam wawancara pada bulan Oktober 2009, jelaslah bahawa, mengikut Chin Peng, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji sesuatu kepada beliau.

Ini adalah petikan kata-kata Chin Peng tersebut:
(1) “My only hope is that Anwar takes over. That’s the most realistic. If Anwar cannot, it’s hopeless. It has to be Anwar.” (“Sesatunya harapan saya ialah Anwar ambil alih. Ini yang paling realistik. Jika Anwar tak boleh, tak boleh berharap. Mesti Anwar.”)

(2) “If Anwar takes over, it’s easy to talk to the government. [Says spoke to Anwar’s close friends, his financial supporters, Chinese Malaysians. Stressed they are “very close to Anwar”. They passed the message from Anwar promise to bring Chin Peng home to Malaysia.]” (“Kalau Anwar ambil alih, mudah untuk bercakap dengan kerajaan. [Menyebut sudah bercakap dengan kawan-kawan rapat Anwar, penyokong-penyokong kewangannya, Cina-Cina Malaysia. Menekankan mereka “sangat rapat dengan Anwar”. Mereka memberi mesej dari Anwar janji untuk bawa Chin Peng balik ke Malaysia.]”)

(3) “Anwar is a man of his word. Hopefully if Anwar takes over, he will allow me to come back.” (“Anwar berpegang pada janji. Harapnya jika Anwar ambil alih, dia akan izinkan saya balik.”)

Patutlah bila menang saja Pakatan Harapan dalam PRU 14, bekas ahli PKM, Zhou Tong (Au Heng Kong), terus mendesak di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor dengan menyebut kemenangan Pakatan Harapan adalah juga satu usaha daripada pihak mereka.

Patutlah bila menang saja Pakatan Harapan dalam PRU 14, mengikut bekas ahli PKM, Chai Kan Fook, mereka terus membuat perancangan untuk membawa balik abu mayat Chin Peng ke Malaysia.

Siapa agaknya Cina-Cina Malaysia yang menjadi penyokong-penyokong kewangan Datuk Seri Anwar yang menjadi tukang penyampai mesej kepada Chin Peng ini?

Dan apa perlunya berjanji kepada Chin Peng? – 5 Disember 2019

Dr. Kamarul Yusoff
Penganalisis Politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

3 COMMENTS

  1. Dr. Kamarul Yusoff Penganalisis Politik😆😆.. terkenang aku masa ko bahan madey pung pang pung pang mcm ko hebat sgt.. mcm ko ni org no1 dlm umno ko sembang.. Live pulak tu dlm tv.. Brape umno byr kt ko??.. sekali tetamu vip smpai dok dpn ko.. aku tgk ko dh mcm kere kene belacan.. gelisah nye mcm dh terkencing pon ade jgk aku tgk🤣🤣 kelako la ko ni… Org mcm ko ni mmg xblh percaya.. Sembang mcm good good jer… Hawau🤣🤣🤣🤣

  2. ok tu Kamarul, tkasih….at least ko ada buat research takler cakap kosong, takder ler kami ni kena kencing lagi dgn penjilat kominis…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.