“Kenapa kau takut sangat dengan aku???”..

1

UMMI Hafilda Ali sekali lagi mencetuskan kontroversi.  Jika beberapa bulan yang lalu Ummi mendedahkan perihal abang kandungnya yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, kini yang terbaru berkenaan isu berkenaan tuduhan Yusoff Rawter terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pula.

Ummi memuat naik satu hantaran di laman Facebook beliau ‘Ummi Hafilda Ali’ perihal perilaku serta cabaran beliau terhadap Datuk Seri Anwar.

Menurut Ummi, beliau telah memberikan masa selama 23 tahun untuk Datuk Seri Anwar menyamannya seandainya segala tuduhan beliau terhadap Datuk Seri Anwar tidak benar.

“Kenapa kau takut sgt dgn aku???,”

“Aku bukan ada kuasa.aku bukan anak raja..AKU DAH TARIK KAU JATUH AS TPM N AKU DAH SERET KAU 15 TAHUN KE PENJARA ATAS 3 PERTUDUHAN UTAMA”

“CUKUP CUKUP LAH NUAR KAU PUN TUA NAK MAMPUS DAH BAWAK BERTOBAT LAH KAU DGN AZMIN NI..”tulis beliau

Ummi meminta supaya berhenti kedua-dua tokoh ini agar bertaubat dan berhentilah berlakon seolah-olah mereka tidak bersalah.

Beliau jturut menambah dalam tulisannya “Negara tak de rahmat..tak de berkat tak de nikmat..dok huru hara 550 hari depa memerintah..yg SI TUA pun dok bergelumang dgn najis 2 ekor ni semata mata percaturan politik sampah..org patut cari redha allah dlm kepimpinan bukan dok menghalalkan cara puluhan tahun. Mana tak kifarah lepas satu satu. Rakyat yg jadi mangsa.”

Hantaran tersebut mendapat 126 perkongsian, 427 komen dan 869 tanda suka dalam tempoh 13 jam artikel ini dinaikkan apabila majoriti warganet menyokong dakwaan Ummi.

Azmin terpalit isu video songsang apabila bekas Ketua PKR Santubong mendakwa dia melakukan hubungan sejenis itu dengan Ahli Parlimen Gombak tersebut manakala Datuk Seri Anwar pula sekali lagi dikaitkan dengan isu yang sama apabila Yusoff Rawter tampil membuat pendedahan secara terbuka baru-baru ini.

Kedua-dua kes ini juga telah pun berada didalam perhatian pihak berkuasa. – NTHQiBORD, 7 Disember 2019.

1 COMMENT

  1. politik oo politik.ada kuasa ada wang,kawan dan lawan semua kena cantas,rakyat jadi mangsa.bilalah selesai keadaan seperti ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.