2020 : Tahun DAP akan khianat Anwar

5

Sebelum 2008, nama penuh DAP ialah Democratic Action Party. Selepas dapat kerajaan negeri Pulau Pinang, DAP tukar nama jadi Developers Action Party.

Kalau tak percaya, boleh tanya orang Penang sendiri.

Pada PRU13, mereka perkudakan DS Anwar Ibrahim menerusi Pakatan Raykat untuk kekal memerintah di Pulau Pinang.

Tak cukup dengan Pulau Pinang, DAP tamak mahukan Putrajaya. Sebelum PRU14, DAP khianati ahli-ahli sendiri apabila comolot dengan Tun M bagi membentuk Pakatan Harapan. Dari situ, mereka khianat rakyat pula dengan janji manifesto kononnya PH menang, rakyat senang.

Hari ini, DAP mula rasa nikmat jadi menteri kewangan, pengangkutan, komunikasi, sumber manusia dan sebagainya walaupun tak sampai 2 tahun menguasai Putrajaya.

Jadi, untuk kekal berkuasa dan menikmati syoknya jadi menteri, DAP akan khianat Anwar pula, dengan 100% melutut pada Tun M yang semua orang tahu tak mahu Anwar jadi PM.

DAP juga tahu Tun M tak mahu Anwar jadi PM dan selagi Tun M tak kacau kedudukan mereka dalam kabinet, DAP sebagai king maker dalam PH tidak akan bersuara desak Tun serah jawatan PM kepada Anwar.

Tak percaya? Tahun 2020 nanti, kita tidak akan nampak kenyataan dari pemimpin DAP menghentam Tun M kerana itu arahan LGE anak LKS untuk selamatkan dirinya tanpa hirau lagi masalah rakyat atau kehendak ahli DAP.

LGE tahu, kalau lawan Tun M dan ikut Anwar, silap langkah, bukan sahaja terlepas kerusi menteri kewangan malah disumbat pula dalam penjara bila kes banglo dan terowong dibuka semula.

Buat Anwar, saya nak pesan, anda silap pilih DAP sebagai kawan sebab jika ahli dan raykat pun mereka boleh tipu, apatah lagi anda yang semua orang jadikan bahan lawak PM tepi sahaja.

Buat Lim Kit Siang pula, cukuplah menipu janji manifesto PRU14 kepada raykat, tunailkanlah janji kamu untuk bersara jika Anwar tak jadi PM pada bulan Mei 2020 dan tutup DAP yang jadi bebanan dan ancaman kepada negara.-16 Disember 2019

Amran Ahmad Nor
Bekas pegawai khas LGE
@ Gagasan Tiga (G3)

 

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

5 COMMENTS

  1. Dap tidak mengkhianati siapa2 Dap adalah parti yg telus dan jujur dan terbaik di malaysia bukan mcm parti melayu umno/pas yg suka mengkhianati bgsa melayu sendiri..Melayu sama melayu suka bgaduh sesama sendiri memfitnah sana menfitnah sini last2 parti Dap di persalahkan..Jgn ingat bgsa lain bodoh

    • Baguslah kamu .gua mau tanya lu apa agama dan apa bangsa.lu lagi teruk pada UMNO dgn pas.aku pun xkata DAP bagus.srmua x bagus termasuk lu .tiada perjuangan ini ke islamnya…sorry LA kalu tiada agama langsung.

  2. Amran Ahmad Nor
    Bekas pegawai khas LGE…
    五五五五五五五五五五五
    Meroyan ke.. Hg igt hg bersekongkol dgn umno hg blh idop senang selamanya.. Skali pru14 kalah daaaa… Adoiiii
    Cover skit mental tu不不不不

  3. Kaya krn usaha kerajaan bagus bnyk duit.kalu kerajaan susah rkyat lagi susah .JUAI aset house subsidi janji bohong .apakah kerajaan sekarang kamu mau.punah segalanya hancur Malaysia krn beruk dua ekoq rkyat jadi mangsa penipuan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.