Kes dibuka semula selepas 2 tahun – Azwanddin terus ditekan

0

HANYA selepas dua tahun, kes ucapan ‘Peristiwa 13 Mei’ melibatkan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah dibuka semula hari ini kononnya ucapannya itu boleh menyebabkan ketakutan kepada orang ramai.

Azwanddin didakwa membuat kenyataan ingin mengulangi peristiwa 13 Mei di Studio NTH Media, di Tingkat 11, Menara A, Pandan Kapital pada 21 November 2018.

Atas sebab itu, beliau berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Namun Azwanddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Normaizan Rahim.

Mahkamah membenarkan Azwanddin diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Mac sebagai sebutan semula kes.

Kes ini seolah-olah ‘dibangkitkan semula’ ketika suara-suara pemimpin NGO Melayu sudah semakin tidak kedengaran di alam Malaysia Baharu hari ini kerana takutkan tekanan yang dikenakan oleh pemimpin-pemimpin cauvinis.

Lebih menyedihkan, suara-suara yang tidak pernah lelah untuk membela agenda rakyat sudah tidak dihiraukan lagi pemimpin Melayu sendiri yang lebih sibuk mengatur kuasa.

Ibaratnya, dugaan yang dihadapi oleh Azwanddin sebagai satu amaran kepada NGO-NGO Melayu agar tidak cuba menghalang agenda pihak tertentu dalam kerajaan.

Jika ucapan Azwanddin itu dianggap sebagai pencetus ketakutan kepada orang awam, kenapa tiada tindakan sama dikenakan terhadap seorang Menteri yang secara terang-terangan memburukkan nama Malaysia di mata dunia satu ketika dulu?

Adakah ini rule of law atau rule of jungle?-NTHQiBord 4 Feb 2020

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.