KOMPLOT PENDERHAKA AGONG MAHU JATUHKAN MUHYIDDIN

1

YANG Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Mei lalu, dengan tegas bertitah mengingatkan pemimpin politik agar menghormati Kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan mengikut saluran Perlembagaan.

Malah Baginda diakhir titahnya juga sekali lagi mengingatkan kesemua 222 Ahli Parlimen agar tidak engheret negara sekali lagi ke kancah politik yang tidak menentu ketika rakyat jelata masih berhadapan dengan pelbagai masalah dan masa depan yang sukar akibat pandemik COVID-19.

Dalam titahnya juga, Baginda berulang kali menggunakan ayat ‘KERAJAAN BETA’ sebagai memperingatkan semua ahli politik bahawa kedudukan Baginda adalah yang paling tinggi di negara ini dan wajar ditaati seperti termaktubnya dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Malangnya hanya 10 hari selepas titah tegas Baginda, sudah ada pemimpin politik dari blok pembangkang terus menyemarakkan api permusuhan dan perpecahan.

Sikap jijik mereka ini ternyata menunjukkan keingkaran dan penderhakaan yang jelas terhadap Baginda yang sudah memberi restu kepada penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional.

Hari ini, negara disajikan lagi dengan politik keji yang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,sekali gus menderhakai titah dan restu Yang Di-Pertuan Agong.

Antara pemimpin yang berkomplot termasuk Tun Mahathir Mohamad sendiri yang apabila beliau disebut-sebut akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong dalam masa terdekat untuk membawa 129 nama yang menyokong Pakatan Harapan.

Jika Pakatan Harapan melabelkan rakan sepolitik mereka sebagai pengkhianat kerana menyertai Perikatan Nasional, apa kurangnya mereka yang layak digelar sebagai PENDERHAKA kerana mengingkari titah Agong agar menghormati kerajaan pilihan Baginda?

Dalam titah Baginda di Parlimen baru-baru ini, Baginda sudah memperjelaskan secara terperinci tentang kemelut politik yang tercetus angkara keputusan Tun Mahathir meletak jawatan secara tiba-tiba.

Malah Baginda sendiri sudah memberi peluang kepada Tun Mahathir untuk menarik keputusan itu tetapi tetap ditolak oleh bekas Perdana Menteri itu.

Laporan tentang komplot Tun Mahathir membawa nama 129 Ahli Parlimen yang menyokong Pakatan Harapan ternyata satu mainan persepsi untuk melemahkan semangat Ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional.

Saya berharap Ahli Parlimen Perikatan Nasional tidak termakan dakyah penderhaka ini terutamanya apabila DAP memang terkenal dengan sikap antiraja.

Jika benar Tun Mahathir mempunyai sokongan seramai itu, adalah wajar beliau tunggu Parlimen dibubarkan dan bertanding secara adil pada Pilihan Raya Umum.

Tun Mahathir perlu ingat bahawa Perikatan Nasional tertubuh bukan kerana berlakunya pengkhianatan atau menebuk atap, sebaliknya akibat perbuatan beliau sendiri yang meletak jawatan.

Saya menggesa pihak berkuasa termasuk SKMM dan PDRM agar menyiasat tentang kenyataan-kenyataan pemimpin Pakatan Harapan yang cuba mengelirukan dan meresahkan rakyat tentang berlakunya satu lagi kemelut politik.

Malah tindakan mereka ini juga jelas merupakan satu bentuk PENDERHAKAAN terhadap institusi diraja kerana tidak menghormati dan akur kepada titah Agong.

Tindakan mereka ini ternyata tidak matang dan tidak menjunjung titah Baginda supaya menunjukkan kematangan politik yang positif untuk dicontohi oleh rakyat jelata.

Cukup-cukuplah rakyat disajikan dengan isu politik keji dan jijik setiap hari kerana negara kita menghadapi isu yang lebih besar untuk memulihkan ekonomi negara susulan pandemik Covid-19.

Semoga Allah terus melindungi institusi diraja kita dari golongan antiraja dan penderhaka.

Jujur dan Amanah Satu Perjuangan.

DATO’ AZWANDDIN HAMZAH,
PRESIDEN JARINGAN MELAYU MALAYSIA.
28 MEI 2020/4 SYAWAL 1441H.

1 COMMENT

  1. “Tun M yg disebut-sebut mahu menghadap YDP Agong utk persembahkan sokongan 129 parlimen” ini terus dikatakan penderhaka? Bukan nya Tun M nak pergi mengamuk dalam istana mcm Jebat Derhaka. Nak pergi menghadap tu menghormati nama nya Rukun Negara kedua – kesetiaan kepada raja dan negara. Malu lah presiden melayu tapi tak faham bahasa melayu. lagi malu bila presiden membawang, ckp tp fakta tiada hanya bersandarkan “disebut2”. tersebut la kisah… apapun mohon jgn libatkan Raja dalam jaringan ya dato’. Daulat Tuanku!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.